Thursday 31 January 2013

Allah kan ada !


Pernah mengeluh tanpa berpeluh sbb Bos campak report anda.. atau mungkin kawan2 tak appreciate lauk gulai yang ada masak untuk diorang..? Apa rasanya?
Kalau korang rasa down.. cer tukar niat tuh.. Praising manusia nih memang susah sbb memang banyak kelemahan dan kekurangan..  Mengharapkan cinta dan perhatian Allah itu lebih baik..

No one would choose the love for creation over the love of creator unless he’s a mad man
-Imam Ibn Qayyim

"Kenapa perlu kecewa apabila ada orang negatif dengan kita? Apakah kita bekerja kerana mereka?" - Hilal Asyraf

Let’s face reality ! All of us have the tendency to be recognized ,to be loved and to be praised..        But ! The question should not be wether or not we wanna be love but who do you want to be love and recognize by?  It’s Allah!

See.. kalau kita meletakkan Allah sebagai matlamat utama.. segala pekerjaan kita akan dilakukan dengan padu dan segala tohmahan akan diketepikan! People will degrade you when you’re humble ,people will belittle your effort and people will do a lot of things to make you down but you know what you’ll say.. ALHAMDULILLAH! Because the less people appreciate you the more Allah will do insyaAllah.. And top of that.. Allah will give you the recognition in dunya decause you didn’t want it..

Kisah Imam Ahmad..  sewaktu beliau mengajar ,sekiranya beliau ternampak anak muridnya memegang pen ,beliau akan berhenti mengajar dan menyuruh anak murid itu berhenti menyalin kata-katanya.. Beliau berkata ‘Aku hanyalah Ahmad’ siapakah aku untuk ilmuku ditulis.. Pergilah ke syeikh2 lain dan catatlah ilmu2 mereka.. Begitu tawadhuknya Imam Ahmad begitu merendah diri dan tidak mahu recognition unless it is from Allah.... Allah Azza wa Jalla elevated him and will give him love in akhirah insyaAllah in a better gathering and at the same time give him recognition in dunya .

Why.. because naturally people will recognize you when you doing extraordinary good and you’re not seeking their attention .People actually get sick of those who showed off .Kalau nak buat something tuh betulkan  niat dulu.. Jangan buat something kerana akhowat.. [ehem2] May Allah grant us His Blessing in Dunya and Akhirah.. Allahumma Ameen .. =) This entry is edited fron the video of Sheikh Omar Sulaiman

Wednesday 30 January 2013

Punctuality in Solah



Guard strictly As Salawat(the prayers) especially in middle Salat .And stand before Allah In obedience [2,238]

Allah memerintahkan kita semua untuk menjaga solat kita..  [حفظ] bermaksud menjaga ,protect ,to guard ...

Bayangkan kita ada emas.. nilainya sangat besar.. Pastinya kita akan letak di bilik kebal ,tak kan nak letak bawah bantal je.. Bilik tuh khas nak letak emas tuh sahaja.. Dindingnya mungkin diperkuat dengan besi.. Bilik tuh pastinya ada kamera untuk view 360 deg.  Kalau boleh letak laser  kat sekeliling emas tuh.. hehe..

The same goes to solah..Solah is the most important part of ibadah.. Kita tidak akan dianggap kafir sekiranya minum arak dan berzina tapi kalau kita meninggalkan solat.. kita akan dianggap kafir.. Kerna beda orang kafir dan muslim itu adalah solatnya.. Solat is the most valuable asset that we have.. It is the basis of our  relationship with Allah.. So we need to protect it..

One of the way to ‘guard’ our solah is to pray on time .Punctuality.. Kebanyakan manusia lebih mengutamakan urusan2 keduniaan melebihi solat.. Tak percaya?? [ehem2]  Kita mesti rasa lewat kalau masuk kerja 30 minit lambat kan..  tapi kalau masuk zohor jam 1.. kita solat jam 3, pernah tak kita rasa menyesal atas kelewatan tuh ? Berapa ramai skip solat isyak di masjid kerana nak tengok MSL atau EPL yang start sebelum isyak?


Kalau kita rasa kecintaan kita pada Allah itu lebih hebat.. pastinya urusan keduniaan nih kita tolak terlebih dahulu.. Nih dah bangit subuh pon tido’ balik sebab tidur dan rehat itu lebih penting dari Allah apa cerita? Perkara pertama yang akan di soal di akhirat kelak adalah solat kita.. Bukannya assignment dh siap ke belum .. makan apa tengahari semalam atau sebagainya..  So.. let’s do our best in guarding our solah lillahita’ala.. 

captured from Quraan Weekly

Saturday 26 January 2013

Hijaab




‘Nak.. kau nak buat apa2 pon dalam dunia ni buatlah nak.. asalkan kau balik nanti bawa calon yang bertudung’  -filem Syurga Cinta

Tudung/hijaab memang banyak pesen.. tudung lilit ,tudung stail Yuna ,shawal ,tudung bawal ,siakap ,style jambul kedepan and many more.. tak kiralah apa2 pesen pon ,yang bertudung tetap jadi pilihan . tapi kenapa yang bertudung ? yang tak bertudung tak semestinya tak baik ? yang bertudung pon tak terlepas daripada perbuatan2 mengumpat ,berzina dan sebagainya.. tapi kita kena ingat.. sistem islam tuh tak silap.. yang silap cara pelaksanaannya..

"Wanita ni umpama duit,benda ada nilai,bnda yang semua org nak. Sayangnya kita pada duit kita,kita simpan dalam dompet,kita zip..kta kancing dompet tu kalau ada butang..kita simpan plak dompet tu dalam hand bag atau kocek,zip n kancing plak hand bag atau kocek tu...kita tak berjalan smbil duit pegang di tangan beribu2..sebab ada org pantang tgk duit,bernafsu nk curi..

Begitu jugak wanita,sayangnya pada diri,dia jg diri dgn tutup aurat,tutup jangan  bagi orang nampak tempat yang tak patut nmpak..tutup/hias akhlak dgn sifat malu..sebab dia bernilai..yang tak tutup aurat,tiada sifat malu,tanda diri tak bernilai,tak sayang diri sendiri..biarkn saja org nampak,dedahkan diri utk 'dicuri'.." TG Nik Aziz

Saya ada 2 gula.. satu gula unwrapped ,satu lagi still elok berbalut .. kalau saya campak ke tanah.. gula2 mana yang akan korang pilih.. yang berbalut atau tak...? mustilah yang berbalut an..  Sebab yang berbalut tuh masih dalam keadaan yang lebih baik untuk dimakan .Korang tau tak satu dunia pakai hijaab.. tak caye?

'The earth is surrounded by the atmosphere
Fresh fruits have peels on them
The sword is preserved in a sheath
Ink pen would dry without a capAnd would be thrown away because it became useless
Why would our daughters cover their books, if not to protect them?!
If an apple became without a peel, it would be rotten
If a banana became without a peel, its color would turn to black
And a woman is a beautiful flower which every one wishes to pick
So she must be protected by Hijab or Niqab'

Andai ada orang tak selesa dengan kepatuhan anda terhadap perintah Allah..

‘Jangan resah andai ada yang membencimu ,kerana masihramai membencimu di dunia . Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu ,kerana tiada lagi membencimu di akhirat’ –Imam Al-Ghazali

Skang ni hampa ada 2 pilihan.. cantik kerana ikut perintah Allah... atau cantik sebab langgar perintah Allah.. Lelaki yang pilih dengan mata nafsu pastinya pilih yang tak bertudung sebab lebih vulnerable dan mudah dipermain.. tapi lelaki yang punya niat yang baik confirm pilih dengan mata hati.. pilihan di tangan anda.. hoho.. Selamat Beramal 


Thursday 24 January 2013

oh BB!


Budak bulat (bb) asalnya dari negeri isketambola .Sekolah lama berdekatan dengan Mydin berhadapan tabika kemas.Sekolah agama katanya . Seluarnya tinggi ,kemeja kotaknya kemas di seterika dan songkok baldunya sedikit senget ala2 Tun Abdul Rahman gitu .Hebat langkahnya.. manakan tidak... solat tak pernah tinggal ,Baca quran sejuzuk setiap hari ,puasa seminggu sekali.. Cuma perutnya yang sedikit kehadapan buat die sedikit goyah tak stabil.. Jauh di sudut hatinya punya rasa ego pada orang yang tak punya didikan agama.. Kalau nampak pacar2 yg tidak tutup aurat terus dikejinya.. member2 yg hisap syisya terus ditinggalkan.. yg paling teruk bb pernah bantai budak kecik yang pakai short... kurang hasam betul bb ni..

Suatu hari.. BB jalan2 kat sarooya street.. tenang sungguh pagi 2.. tiada hiruk pikuk orang arab badwi yang jerit mintak teh kat bawwab.. sedang jalan2.. BB nampak seekor anjing .Anjing tuh memang besar ,tompok2 warna kulitnya dan agak garang .Ada iras anjing2 k9 di negara asalnya , Metrofulus. BB yang rasa tak terancam dengan anjing tu terus berlalu dan dengan izin Allah.. die terpijak ekor anjing tuh..  Tanpa belas kasihan anjing tuh ligan bb dengan sepantas kilat .Struktur badan bb yang agak besar dan ditambah seluar slack tinggi menyukarkan larian BB .Tak sampai sepelaung larian anjing tuh berjaya kejar bb dan mengigit peha BB yang besar tuh..

Agak ironi sebenarnya anjing yang sukakan tulang tp boleh gigit peha bb yang besar tu.. pelik jugak anjing ni..  Seluar bb koyak teruk .Alhamdulillah lukanya tidak dalam kerana seluar slack nya agak tebal.. hehe.. tp seluar yang koyak tuh merevealkan aurat BB yang tak bapa nak kemah tuh... BB yang agak segan2 kerana x pernah membuka aurat di khalayak ramai kerana menjaga thiqahnya di hadapan akhowat berjalan pulang ke rumah.. Terbatal lah niatnya nak menikmati sarapan di restoran.
Dalam perjalanan pulang tiba2 ramai pulak peserta2 qiamullail yang join program mlm semalam lalu bertentangan dengan BB .Kesemuanya  memandang bb dengan wajah enteng dan geram .

‘Sanggup orang yang bersongkok dan berseluar yankee menunjukkan auratnya dikhalayak ramai.'
‘Ini firnah kpd agama dan jemaah kita..’

Begitulah kata2 yang dilemparkan kepadanya oleh watak2 sampingan. BB rasa terkesan .Kalaulah mereka tahu yang bb di kejar anjing.. Kalaulah mereka cuba husnozhon dan tanya perkara sebenarnya... ini tidak.. sudah lah jatuh .. ditimpa tangga pulak tuh... Sedihnya bb tidak terhingga.. BB pon pulang dengan hati yang luka.. Mujurlah Allah jua tempat mengubat duka..

Gambar Hiasan


Hikmahnya
Husnu zhon [bersangka baik] adalah suatu yg dituntut dalam islam.. kita tak boleh nak judge orang tanpa mengambil tahu masalah sebenar mereka.. Even kalau mereka tidak bertudung tidak bermakna mereka tidak baik... mungkin mereka datang dari keluarga yang tidak menerapkan unsur2 islam ataupun mungkin dalam environment mereka ada segelintir wanita2 ‘solehah’ yang telah menunjukkan contoh yang tak baik kepada mereka..

“When you see a female dressed in a manner that is unacceptable islamically, do not for a moment think that she is lower than you spiritually. If you do that, you are lower than her. Believe me, that is the teaching of your religion. She might have a link with her creator that you do not know about. She might have a heart that is tons better than yours. She might have one weakness that is outward, and you have 50 weaknesses that are hidden” Mufti Menk.

Kata2 yang kesat dan perbuatan yang tidak melambangkan islam hanya akan buat mereka jauh dari kefahaman .Malah pernah diceritakan oleh Habib Ali El-Jifri.. Suatu peristiwa di mana di pertemukan seorang abid yakni org yg telah beribadah lebih 500 tahun dan seorang pelaku maksiat .Abid tadi diiringi dengan awan yakni karomah beliau .Waktu mereka bertembung muka ,kedua-duanya berpaling arah .Paling nya si abid kerana di hatinya punya rasa ‘aku lebih baik’ dan ‘tidak mungkin pelaku maksiat ini akan kembali ke fitrahnya’.. Paling nya si pelaku dosa tu pula keran tidak sanggup melihat wajah org yang beribadah lantas membuahkan rasa malu dengan Allah .Terdetik di hatinya utk kembali... Oleh kerana tindakan si Abid td ,awan di atasnya beredar mengikut si pelaku maksiat .. The moral of the story is jangan rasa diri kita hebat dan berilmu.. kata saidatina Aisyah

‘Rasa diri sudah berilmu merupakan langkah pertama kebodohan seseorang ‘

Ilmu yang diperoleh seharusnya menjadikan diri kita dan orang lain lebih dekat kepada Allah... Hadirkan rasa dalam diri kita yang mereka yang melakukan dosa itu lebih baik daripada kita dengan asbab mungkin mereka tidak mengetahui maksiat itu haram walhal kita mengetahuinya tapi sering terkandas dalam meninggalkan larangan tersebut.. Wallahualam ~


Wednesday 23 January 2013

Sirap Garam Hati Gula


Salam jejangs.. ehem2... Tarik nafas panjang2...  hoh!

Teringat 1 kisah dulu di mana saya dan rakan2 ikut suatu program di sebuah taman .Memang nice la taman tuh .. tasiknya terbentang luas ,burung2 berkicauan ,embun rumput pon masih setia dengan daunnya.. Kami diberi tugas utk makan secubit roti Tinggi 5 dan minum secawan air sirap.. Perut yg waktu 2 memang tengah lapar diselangi geseran2 asid kat gastric wall ,saya rasa memang tak patut diorang bagi secawan gelas dan roti sebab group kami agak ramai dan semuanya kelihatan punya kapasitas makanan yang besar .So kami pon dengan muka redha baca doa makan dan ketua kami suap kami dengan roti .Yang menariknya air yang diminum membuahkan kerut di dahi2 peserta.. Semuanya tak mampu minum dengan kuantiti yang banyak dan terus pass kepada peserta sebelah.. Agak curious time tuh sebab air sirap kot.. kalau air asam boi tanpa gula mungkin boleh terima lagi..sampai giliran saya.. tatkala air sirap mencecah tunas rasa di lidah.. hati ini terus rasa gundah gelana ,taste association area kat cerebral cortex terus reject air tuh bulat2 dengan menyuruh muscle2 tanganku passing air 2 dekat org sebelah... coit! Masin! Punyalah expect tinggi dekat sarapan pagi 2 tp air masin yang dapat.. hehe... No wonder member2 sebelah tak nak habiskan... nak bagi kami merasa..

#gambar sekadar hiasan


Hikmahnya

Kisah Rasulullah S.A.W dengan limau..
Pada suatu hari.. Baginda didatangi seorang wanita kafir.Ketika itu baginda sedang bersama-sama dengan sahabat .Wanita tersebut menghadiahkan limau kepada baginda Rasulullah.. Sambil tersenyum baginda ambil pemberian wanita tersebut dan makan sebiji demi sebiji..  Para sahabat naik heran pasai apa rasulullah tak ajak makan sekali... Biasanya Rasulullah tak akan makan melainkan makanan itu dikongsi.. Sket2 lama-lama habis limau 2.. Setelah wanita 2 beredar ,para sahabat bertanya kenapa kamu tak berkongsi Ya Rasulullah? Baginda pon berkata bahawa limau2 pemberian wanita tu masam2 belaka.. Aku risau kalau kamu turut makan serta kamu akan beri reaksi muka yang tak baik pada wanita tersebut.. Begitulah akhlak Baginda Rasulullah... begitu menghargai pemberian dan perasaan orang lain biarpun orang bukan islam.. Dan limau2 yang masam tu pon tak diberi kepada para sahabat. Kalau kami memang buat naya kat org yg last sekali minum air masin tuh.. Begitu besarnya perbezaan akhlak kami dengan Rasulullah S.A.W. Kalaupun sirap itu masin.. hikmahnya tetap manis bila diungkap kisah qudwatul Hasanah ni..
So ,menjelang mawleed Nabi pada 12 Rabiul Awal marilah kita sama2 amalkan sunnah2 baginda dan perbanyakkan selawat ke atasnya.. Semoga kita dapat tiru akhlak baginda di dunia dan dapat berjumpa dengan baginda di akhirat kelak.. Allahumma Ameen J


Muqaddimah..



Bismillahirahmanirrahim
Ehem2...  Percubaan pertama menulis blog.. phewww... berpeluh2  fikir ape nak tulis utk 1st entry.. 
So ,mengapa menulis?? Adakah sbb terpengaruh dengan rakan2 yang begitu ramai follower di alam maya? Atau sekadar meluah perasaan n nasib diri di halayak ramai supaya semua orang tahu?
Hhmmm... ntah.
So..tulisan2 saya insyaAllah akan berbentuk dakwah .Hopefully writing is not a bad idea to deliver the message of islam.. Doakan saya istiqamah dan kita semua dpt manfaat drpd tulisan2 ni.. Biiznillah... J
 

A LEJEN TO BE Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger