Wednesday, 19 February 2014

Baik.




Salam w.b.t

Yah, aku nak jadi baik dan dikelilingi orang baik.
Orang baik ni aku definisikan sebagai orang yang 'do no harm'

-Tak minum arak
-Tak tinggal solat
-Tak lawan cakap ibu bapa
-Tak main perempuan
-Tak merempit
-Tak hisap dadah
-Tak tinggal kelas 

Ok, orang baik ni yang membezakan mereka adalah apa yang mereka boleh buat untuk orang lain. Sebagai contoh diorang punya communication skills, common sense.

Orang yang tak punya kemahiran yang mantap hanya berlaku 'baik untuk dirinya'. Makna kata dia ni tak memberi manfaat yang banyak untuk orang lain. Sebabnya jarang bergaul. Engkau dengan diri kau, aku dengan cara ku. Kalau masak, dia buat part dia dan tinggal selebihnya untuk orang lain. Tiada lebih tiada kurang. Cukup2 untuk lepaskan diri kalau ada ahli beit persoalkan dia tentang tanggungjawab ahli rumah. Orang macam ni kalau dia tiada pon takpa ibaratnya. Mereka tidak banyak berkomunikasi dengan orang sekeliling. Kesan nye diorang mudah bergaduh tentang hal yang remeh-temeh. Bila bergaduh tidak tahu nak selesaikan macam mana. Yelah, jarang tahu hati budi orang. Common sense kurang, kita saja yang betul. Saya rasa orang ni lagi 'nampak' kekurangan kalau mereka buat silap berbanding orang yang jahat yang melakukan kesilapan. Sebab mereka [budak baik] ni faham mana baik dan mana buruk. Cukuplah. Kita pon tahu macam mana rupa orang ni. Kadangkala muncul dalam diri ini jua.

خير النّاس أنفعهم للنّاس

Orang baik satu lagi yang punya soft skill yang baik dan common sense yang tinggi. Orang macam ni biasanya memberi impak. Kalau seorang budak baik hanya mampu menutup luka yang terbuka, orang yang ada soft skill boleh treat the cause of bleeding. Kalau buat sesuatu mereka fikir orang di sekeliling mereka. Amal yang baik tu kan umpama pokok, akhlak itu buahnya. Kehadiran mereka disenangi. Kata Syeikh Yusri Hafizahullah, orang ini dicintai sebab 3 perkara iaitu kecantikan, akhlak dan budi yang baik sebagaimana Rasulullah salallahualaihiwasallam. Kita ni muka tak kemah sangat, so biarlah akhlak dan budi kita ni mengingatkan kita kepada Allah. Kalau banyak amal tapi akhlak masih kurang maka ada problem la kat situ  ye dok.

Ni adalah pandangan tandus ku tentang sekeliling. Bukan lah fatwa. Kalau yang baik ambil iktibar, klu kurang boleh tegur. Doakan sekali ya. wallahua'alam

Sunday, 16 February 2014

Travelog .01

City of Rome

Selamat sampai di Lapangan Terbang Leonardo Da Vinci Rome pada jam 11. Ku sangkakan butir-butir salju menyambutku di. Tapi kepul-kepul asap yang menemani ku sepanjang malam. Heh. Bila sampai kat airport rasa nak melompat-lompat sebab excited. Tapi bila sampai depan kaunter nak beli tiket ke Roma Termini, bwlehh. Tak tau nak cakap apa. Rafi memang hebat, berbekalkan beberapa patah perkataan asas Itali dengan loghat Sepanyol, beliau hero malam tu. 40 minit perjalanan kami sampai di Roma Termini [lebih kurang macam KL Sentral]. Satu hal nak mencari VIA DEL RETTI tengah-tengah malam bersama bag seberat 26 kilo yang digalas. Driver taxi offer  6 euro seorang. Setelah gagal bertepung tawar dengan kami, beliau cakap, ‘you will never find the place’. Alhamdulillah, a frenchman willing to help us. Beliau memang bagus. Tunjukkan jalan sampai ke tempat kami. Dia kata dia pon suka bagpacking.

Overall bandar Rome ni tak lah bersih sangat. Macam KL jugak. Tapi jalan raya dia guna pavement. Malam-malam kota Rome agak lawa terutamanya Colosseum yang disimbahi lampu jalan dan sinaran bulan. Homeless memang ramai. Sama macam Kaherah.Tapi pakaian diorang nampak lebih proper dan prepare betul-betul untuk winter berbanding aku. Kota yang maju, orang yang kaya, tapi ramai pengemis.

Kehidupan itu untuk dicintai, Kebendaan itu untuk diguna.
Tapi sekarang kehidupan itu diguna karna terlampau mencintai kebendaan.

Pada awal aku beranggapan faktor cuaca yang bentuk peribadi sesorang. Yelah, keadaan yang tandus, kering, panas serta makanan2 yang kurang kuah buat kebanyakan orang di timur tengah kasar. Tapi lain pula ceritanya di Itali. Mereka pun kasar dan tak welcoming. Teori ku dangkal.
Macam-macam tempat kami pergi. Colosseum, Roman Forum, Palatino, Vatican city. Kalau kristian maybe macam pergi haji. Hehe. Mekah pon aku tak sampai lagi!


Tertinggal Flight.
Kami lewat bangun. Jam 6.15 pagi. Flight yang dikejar 10.40 a.m. ke Copenhagen. Tak menjangka keadaan ini akan berlaku, kami pon lenggang-lenggang, mengedik-gedik bersiap sampai keluar rumah hampir jam 8.
Kami tak jangka keadaan pengangkutan awam ke Lapangan Terbang ambil masa lebih 2 jam. Takdir Allah kami sampai beberapa minit sebelum jam 10. Waktu yang sepatutnya pintu check in ditutup.

‘You are late’

Aku benci ayat tu. Penat aku berhabis nafas berlari ke terminal. Dia reject terus nak ambil beg kargo.
Beg kargo itu yang buat kami lambat masuk ke pintu check in. Yelah, tak kan nak ditinggal beg makanan tu. Kami usung beg tu mencari tuan untuk menjaganya beberapa hari sepeninggalan kami ke Copenhagen. Semuanya menggeleng.

‘Tak pe, aku stay. Esok aku datang’

Pecal bersuara. Kami cepat bersetuju sebab Pegawai imegresen yang scan barang kami cakap kami hanya ada 10 minit untuk setelkan bag tu dan berlari masuk cari gate. Ya kami berlari.

Kami berlari nak cari gate. Brader check in tadi tak berapa menolong sangat. Maklumat yang kami dapat pintu 20. Yang ada hanya sampai gate 19. Sampai gate 19 tengok papan tanda easyjet dah berubah ke Athens. Bukan Copenhagen.

Kami berhenti duduk. Kami panas dan berpeluh. Hati penuh perasaan. Paradoksnya kami di tengah kesejukan cuaca.  Tandus ku melihat teman. Nak main siapa yang bersalah hanya sia-sia. Flight tu dah terlepas. Kau bergaduh sampai esok bukannya boleh patah balik. Salahkan diri sendiri.
Perkara pertama ialah cari Pecal. Kita perlu regroup.

Sebab kan tnet pun kena bayar mahal. The only option yang ada adalah balik ke Roma Termini untuk cari tiket seterusnya ke Copenhagen. Sama ada jalan darat atau udara.

Bermalam di Airport

Aku rugi 105 euro. Allah
Plan hari tu tidur di airport untuk flight seterusnya jam 10.40 jugak. Aku rasa macam itu lah worst point of my life. Kadangkala ada hari yang kau wish kau tak bangun nak hadapi hari tu. Minum air paip dalam tandas yang busuk. Internet takde. Pakaian yang dipakai dari pagi bawa ke malam. Rugi duit. Tidur tak cukup. Allah. Memang hari tu Allah uji untuk aku nak tengok macam mana aku react.  ‘Bila difikirkan dengan perangai aku yang suka lambat-lambat ni, boleh jadi aku bawa ke alam pekerjaan. Dah la nak jadi doktor. Nanti nyawa patient pulak jadi taruhan. Tu yang Allah ingatkan sekarang kot’  bisik suara halus dalam benakku.

Solat di open space bukanlah suatu perkara yang memalukan. Omputih akan perasan dan buat tak tahu. Mungkin mereka akan pandang lama sket kalau tak tau yang kita tengah solat. Budak-budak ni buat ritual barangkali.

Tandas tanpa paip
Ini bukan pertama kali. Di Cairo pon ada. Tapi sentiasa ada pilihan lain. Kali ni tiada pilihan. Redah saja. ‘Ko basahkan dulu tisu tu’ kata expert. Ternyata berkesan.

Copenhagen

Sampai ke CPH Airport masih siang. Nampak white patches dari udara. Turun flight menggeletar. Salji dan kesejukan berpisah tiada.

First impression aku kat sini orang mereka pandai cakap omputih. Walaupun bahasa asal mereka ‘Danish’. Then orang mereka sangat welcoming. Tnya sedkit ja, mereka terang sampai halus. Seronok betul! Bila naik train tengok salji di sekeliling rasa terubat luka di hati. Rasa rugi duit pudar detik ke detik.

Danish memang pandai respect orang. Diorang tak kan menyampuk perbualan orang lain. Ada sekali tu kami tanya kat makcik ni. Dia terang la jalan nak ke ‘situ’. Then kami bincang-bincang sesama sendiri sampailah beberapa ketika kami perasan yang makcik tu macam dok tunggu kami. Rupanya dia nak bagi tau something. Dia nak tolong tapi die sanggup tunggu. Bagus betul.

Pastu kat hostel Zahari tanya pasal cheese yang ada tepi kaunter. Halal ke idak?
Receptionist tu terus call kilang yang buat cheese tu untuk confirmkan. Wahh

Pengurusan masa memang tip top la. Kayu ukurnya efisyen ke tak perkhidmatan awam. Semua sifat-sifat diorang buat aku rasa kerdil. Diorang lagi ‘islam’ dari aku. ~~

Makanan memang mahal disini. Antara bandar yang living costnya termahal lah katakan. Satu air iced lemon tea mencecah 21 DKK. Sama dengan 21 genih. Satu meal falafel maybe hampir 50 DKK. hmm

Kami ada jugak visit satu family melayu di Copenhagen. Diorang memang best. Perasaan bila jarang-jarang jumpa melayu memang sangat menyeronokkan. Diorang serve nasi ayam. Terubat rajukku dengan lancheon. Pakcik tu ajar sket sebutan-sebuatn Danish. Ejaan Nyhavn, sebutan Nyhon. Ejaan Stroget, sebutan Strot. Haha pelik sungguh.

Kat sini aku kenal Manos. Brader India. Dia memang bagus. Aku tahu dan belajar seberapa perkara dari dia. Danmark klu nak accept imigran kena ade master baru secure. Tax tinggi tapi health and education is for free.Acha~

Sejuknya Copenhagen ni memang tak menahan. Merah sungguh telinga. Part yang paling tak best bila tertinggal fon di hostel. Dah la dalam tu ada gambar family. Baruku sedar yang aku ni clumsy!

Helsinborg

Feri dari Helsinger, Danmark ke Helsinborg hanya 20 minit.
Sampai sana untuk beli poskad dan tangkap gambar je. Haha
Aku sempat kahak di situ. At least bila dia tersejat, partikal kahak tu akan terkitar untuk disedut untuk penduduk Sweden. Secara tak langsung aku ‘hidup’ kat situ. Terdesak betul ^^

Train Harry Potter

Kami naik train dari  Rome ke Venice. Train Hoghwart kami panggil. Masuk train ada bilik cam dalam movie tu. Kami recall beberapa spell just in case ada dementor kacau. Haha
Kami kenal Zina Kabarchuk. Orang ukraine tapi duduk di Italy. Dia tolong kami time kena kacau dengan ‘dementor’ italy. Italian Mob. Jangan keluar mana-mana kalau sudah lewat malam di Italy. Orang pelik-pelik keluar.

Kedit untuk Rafi



Venizia


Kami sampai awal pagi sebelum subuh di stazione Venizia. Seriously sejuk kaw2. Bila fajar menyingsing, baru perasan yang Venice memang lawa!

Kami jalan ke Arsenalle. Metro Venice yang tawar khidmat bot. Takde kereta atau motor di sini. Pengangkutan utama adalah Autobus which is bot sebenarnya. Rare kan~

Per Realto dan San Marco adalah tempat utama di sini. San Marco gereja. Kat situ ada Gothic Museum. Kami tak masuk sebab lari bajet. Aku especially.

Venice memang lawa untuk berbulan madu. Korang kena pergi sendiri baru tahu kenapa. Kat sini jumpa family melayu. Aku bagi salam then lambai. Yang balas anak perempuan diorang. ^^

Modena

Asal usul Ferrari. Rumah Enzo Ferrari ada di sini. Dia jual rumah untuk beli first racing car beliau. Ternyata itu satu pelaburan berbaloi! Kalau kita nak buat macam tu kena put the effort to the fullest. Jangan hari ni berangan tapi kita tak bangun esok nak kejar angan-angan tu.

Firenze

Florence kata omputih. Diorang ni sesuka ubah nama tempat. Kaherah jadi Ciro. Firenze jadi Florence. Venizia jadi Venice. Haihh
Kami melawat El-Duomo. Gereja lagi. Tapi dengan kubah terbesar di dunia [kalau tak silap].
Aku tak tau kat mana cantiknya Florence sampai aku naik satu bukit ni. Kat atas bukit ni ada patung David by Micalangelo. Semuanya bo-gel belaka. Tapi view dari atas ni menghala ke Florence city. Breathtaking view. Kalau aku kaya, tiap-tiap bulan aku minum kopi atas bukit ni. Hehe

Kat Florence ni banyak Imigran. Especially Bagladeshi. Depa jual merchandise. Tiap-tiap bulan dapat lebih 1000 euro. Mantap oo! Setahun diorang kerja di M’sia baru sama dengan yang di Italy. Itu yang depa cerita. Walaupun orang melayu pandang serong, aku rasa diorang bagus sebab suka cari peluang. Opportunist. Kerja yang orang local tak mau buat depan kejar. Kat Italy kumpul duit, balik negara sendiri boleh bikin bisnes.

Chinese lagi merata. Tiap tempat aku pergi diorang kerja. Kalau Jebat cakap takkan hilang melayu di dunia, aku rasa cina lagilah. Takkan hilang di mana-mana. Haha

Kredit kepada meja makan yang kami tumpang

Pisa

Kat sini orang sume buat gaya tolak bangunan senget tu. Everybody was kung fu fightin~
Pisa cam KK. Pekan kecil tapi ramai orang. Thanks to GPS bergerak Jimin untuk navigation :p


Aku rasa trip ni best sebab macam-macam. Kau tak boleh describe tapi kau tahu dan dapat rasakan. Ko rugi banyak tapi kau tak kesal. Orang cakap ‘nothing is a waste if  we use the experience wisely’.
Ciao!






Saturday, 8 February 2014

Roman Magpie


Salam bruhh. Just went back from vacation. Alhamdulillah.
First few hours in Rome. Ramai betul homeless tidur kat Rome Terminal [mcm kl sentral]. Teringat ambo kat ‘kampung’ Cairo. Memang ramai betul homeless . Terdetik dalam dalam hati macam mana diorang survive winter. Apa yang diorang nak makan. Kenapa diorang tidur kat tempat yang kotor?Bila tengok kat google,

 AN ESTIMATED 100 MILLION PEOPLE WORLDWIDE ARE HOMELESS. SOURCE: UNITED NATIONS COMMISSION ON HUMAN RIGHTS, 2005.

HHmm,

Kisah Benar [copy pasted from page Ally iskandar]

At bank just now. Ternampak sorang pakcik ni dok terkebil2 depan aku. Mula2 tak perasan kasut dia mcm dlm gmbr. Bila turn dia, dia macam tak senang hati dan pandang belakang. Bermula la conversation kami.

Dia : dik mcm mana nk masuk duit ni?
Aku : ada number akaun? Meh sy buat.
Dia : 10ya(RM10) boleh dik?
Aku : boleh je 
Dia : adik ada tukar rm10 dua keping? (sambil hulur note rm20 yg renyuk)
Aku : alamak sy ada sekeping je rm10. 
Dia : takpe lah dik, masuk rm20 ni je.
Aku : duit ni mesin tak terima. Kena yg keras.
Dia : (buka dompet yg penuh dgn resit n takde sekeping pun duit.) anak pakcik nak duit tu dik. Kesian dia.
Aku : ohh, (tlg bankin, ht kecil mnangis, Allahurabbi)




Bila terkenang, lebih byk tempat2 kat dunia ni yang serve wifi free daripada shelter untuk homeless. Lebih mudah untuk dapat intenet dari dapat air. Ramai orang ‘share’ apa die makan untuk dinner tapi orang di sekeliling masih lapar dan tak dapat first meal diorang. Juga terkenang nasib saya yang puas mengikat perut untuk beli barangan berjenama. Sedangkan makanan tu akan jd darah daging n tenaga untuk buat ibadah. Barangku dah lebih dari cukup.

Tanggapanku, prinsip asalnya adalah kehidupan dicipta untuk dikasihi, kebendaan dicipta untuk digunakan. Tp orang sekarang terlampau byk manipulasi human power for their own sake. employee ditindas untuk duit dan kekayaan. And how can we define happiness kalau orang sekeliling kita tak senang. Unless kalau kita tak letak diorang as a part of community n a part of our life. Rasa bersalah plak bila terlampau byk spend untuk benda2 tak berfaedah. Come on guys, shift lapangan kasih kita kepada manusia dan kehidupan, bukan kebendaan semata-mata.

Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal soleh kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih sayang.” Maryam: 96

Thursday, 26 December 2013

Oh, lama tak update !


Salam w.b.t.

Pernah pegi Mogamma? Fuhh
Sesak, padat, perlu korban hari kelas dan mungkin pulang dengan jawaban 'bukrah'
Pernah diganggu kanak-kanak kecil di jalan?
Pernah menyimpan perasaan kuang hasam tatkala ahli beit buat muka masam?

Kita memang selaku mengharapkan perkara2 yang baik berlaku dalam kehidupan kita. Hari bangun pagi, ada sarapan.. Pergi kelas dr datang awal.. Jalan2 ada arab tegur nak buat kawan.. Time lunch membe belanja makan.

Yup,
Itu natural. Sume org expect and hope good things to happen bila dia bangun dari tidur. That's why kita selalu doa supaya Allah berikan kita kebaikan dunia dan akhirat.

Ironinya, kita sebagai 'pengharap' jarang untuk jadi the first one to deliver 'kindness'.
Selalu kita harapkan Allah untuk bg kita macam2. Tapi dengan nikmat yang sudah kita kufur. Selalu kita harap budak2 arab kat jalan tak kacau kita. Tapi kita tak pernah tegur atau belanja cekedis kat diorang. Tau tak klu kita buat sedemikian kita akan bg sense kat diorang yg kita ini bukan 'threat'. Barulah die boleh terima kita as a part of society. Selalu kita mengharap orang nak layan kita the best sebagai tetamu, tp pernahkah kita menjadi tuan rumah yang terbaik?

Macam mana kita nak dapat kalau kita tak memberi? Kalau semua nak memberi, maka melimpah ruahlah kebaikan dalam dunia ni. Kita akan sentiasa cukup.







Adapun kengkadang kita dah buat yang terbaik, beri segalanya. Tp surrounding kita buat najis. Heh.

Jangan futur.

Itu ujian uh. Jangan balas apa yang diorang buat kat kome dengan perbuatan yang sama. Kalau korang benci orang tak suka senyum jangan buat muka toye dengan dia. Anda adalah anda. Jangan buat diri dan prinsip anda berubah dengn asbab orang lain.

Orang yg menulis ini bukanlah holy atau wali. Saya jua selalu buat silap. Mohon doa yok!

(Al-Zalazalah, 7)







Friday, 27 September 2013

juru-belajar

"Bacalah Dengan nama tuhanmu yang menciptakan"
(Surah Al-A'laq:1)

'Belajar kerana Allah'
Memang ayat yang common, cliche org cakap. Tapi bila bab nak amal tu yang terhincut-hincut. 

Problem nye datang bila student2 ni actually memandang sistem pembelajaran ni berdasarkan untuk lepas exam sahaja. Sedangkan sistem itu dicipta untuk melengkapkan suasana pembelajaran. Masalah ni memang sinonim dengan orang melayu. Bila nawaitu saumaghodin nya dah diletakkan untuk setakat lepas exam, maka wujudlah situasi2 seperti berikut:

1) Kehadiran ke kelas umpama biskut chipsmore. Kejap ada, kejap takde. Kalau yang konsisten pon dtg kelas umpama itik pulang petang, kelas dah start setengah jam baru nak nampak muka.
2) Kebanyakan masa sebelum exam dihabiskan dengan gajet, membalas komen2, twit, analisis politik, stalking, beradu dan banyak lagi.
3) Markah exam cukup2 makan.
4)Apa yang dipelajari malam sebelum exam hilang sejurus melangkah keluar dewan peperiksaan.

Ok, bukanlah markah cukup2 makan itu tidak bagus. Ia masih menunjukkan anda hadir ke ujian dengan strategi. Cuma bukankah markah yang baik dan sikap yang sentiasa bersemangat nak menuntut ilmu akan memberi imej yang baik sebagai seorang muslim.

Seperti kata Sheikh Hussain Yee, Orang selain Islam di Malaysia sukar nak lihat Islam tu kerana Melayu. [ayat ni bukanlah exactly quote]. Di Tanah Melayu ni melayu menggambarkan islam. Jika dilihat di sekolah2 mahupun di ipt, yang mengungguli tempat2 teratas adalah orang2 selain islam. Klau kita di tempat mereka, mahukah kita 'join' satu agama yang pelajar2 nya tidak mampu bersaing baik dalam pelajaran, tapi masih diberi keistimewaan yang terlampau banyak. 

Jadi bagaimana nak niat kerana Allah?

1) Niatkan sikap enthusiasm, competitive dan spirit nak belajar tu akan beri pandangan yang positif kepada non-muslim.
2) Nak jadi pelopor kepada penemuan2 baru.
3) Kalau orang islam pandai, hebat bersuara, berani ke israel nak serang palestine?
4) Paling penting nak kenal Allah. Refleksi diri, seelah berapa tahun anda belajar, adakah anda semakin takut kepada Allah atau masih tak berasa apa2.


Monday, 2 September 2013

Kerana mata yang memandang


Kerana matamu memandang
aib sebalik tabir.
Kesal hatimu bergetar
mengundang taubat sebenar.

Hilangmu dirasai Nabi,
Umar dan Salman diminta mencari.
Ke rumah ke pasar dijejaki.
Sehingga gunung didaki.
Riwayat penternak menyentuh hati.
Kisah air mata diberita.

Umar menjemputnya dari sahara,
Nabi mengunjung pohon berita.
Kekal Iman syurga dipinta.
Maut menjemput penuh selesa.
Malaikat mengiring sampai pusara.

Inilah kisah duka Sa'labah.
Takutkan diri tidak diterima
mencari ampun berair mata.
Tenanglah dia dalam syurga.

Siddiq Osman.

#The believer sees his sins as if he is sitting at the foot of a mountain fearing that it might fall on him, while the sinner  sees his sins as a fly that lands on his nose, he just waves it away. 
-hadith
#pray4egypt

Sunday, 21 July 2013

Stairway to heaven



Ramadhan karem!
Few points on Ramadhan and how can it benefits you :)

Meningkatkan ketaqwaan:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183).

Limitation yg berlaku dlm bulan puasa seperti tak boleh makan dan minum, berjimak bg suami isteri di siang hari adalah elemen fizikal. Manakala taqwa adalah elemen spiritual. Bagaimana puasa boleh bg taqwa..
Pabila berpuasa, Mindset kita mmg tau mau makan. Tapi perut kita constantly bg mesej untuk diisi.. Pabila puasa kita menahan mata dari memandang perkara2 mungkar, tapi hati kita berombak2 untuk menjamu nafsu.. Makanya, there’s a lot of battle that happens inside of you. So after 30 days of fighting with your nafs, you should be able to continue your journey for the rest of the year. It makes you prepared and trained to overcome your own nafs and continue to obey Allah. That is what taqwa is. Melakukan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya. Sebab tu klu tengok ramai orang dok pakai ‘dp’ madrasah ramadhan.. hhmm

Menghapuskan dosa:

Kepada rakan2 hamba, memang kita ini pendosa. Sorga dan neraka itu pun tempat pendosa tetapi yg membezakan mereka adalah taubat. Tidaklah kita pergi masuk tidur selepas seharian bermain di lumpur melainkan kita mandi dulu. Tatkala pintu bilik mandi ini dibuka seluas-luasnya dgn haruman, jakuzi, bunga2 mawar dan bathtub di dalamnya.. jangan lepaskan peluang. The only thing that kept you from taubah is your own ego.

“Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.” Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai‟e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.

Kann.. Kalau kita betul2 niat nak jadikan ramadhan ini your turning point, kita akan keluar sebagai kertas putih [sofhatul baidha’].. Ibarat bayi yang baru dilahirkan dan masih kenyal2 pipinya khas untuk dicubit..

Bulan Kecintaan:

Yahh.. Cinta kepada Allah.. Tatkala anda kegusaran, keluh kesah, tidur tak lena, mandi tak basah, ada satu jalan yang diberi untuk mendekatkan lagi diri anda kepada kekasih memasing. Yaa.. Jalan itu hanya 30 hari. Diringankan beban, tiada gangguan[syaaitan], di hiasi  jalan2 itu dengan lailatul qadr, tarawih, pahala amalan dilipat gandakan dan macam2 lagi.. [T&C applied]

Jalan2 ini bagaikan shorcut untuk menemuai Allah.. Para sahabat amat menanti kedatangan Ramadhan, Di hitung2 kedatangannya, di tangisi pemergiannya.. malah berduyun2 doa untuk disampaikan mereka kepada ramadhan.. Tapi kenapa?

Kerana dalam Ramadhan, mereka dapat berlari lebih pantas menuju Allah. Mereka tidak mencintai Ramadhan kerana Ramadhan. Mereka mencintai Ramadhan kerana Allah. Sebelum Ramadhan, mereka berlari menuju Allah dengan muatan yang berat [Syaitan]. Sekarang, Syaitan sudah tiada. Maka, mereka melihat ini sebagai satu peluang keemasan untuk mereka mendekati Allah.
Konklusi:
Setuju dengan pendapat Aiman Azlan.. Kalau orang benar2 becinta, 30 hari itu tidak pernah cukup. Tatkala hari pertama mereka bertemu, mereka sudah risau akan kedatangan hari di mana mereka akan berpisah. Bak kata Profesor Tariq Ramadan,Our relationship with Allah is a love story.” Tiada bulan yang lebih istimewa untuk kita suburkan cinta kita kepada Allah daripada bulan Ramadhan.

Go on. Go write your love story. Make it special.







Tuesday, 2 July 2013

Dan sabar itu lebih baik


Suatu hari tok gi jenjalan. Hasrat di hati nak jalan kaki tapi summer di Fammul Kaleq ni memaksa kami menahan teksi. We hopped in a taxi and took off for hadiqah. Teksi kami berada di lane yang benar, teksi meluncur dengan lancar dan tiba2, sebuah teksi hitam keluar dari parking space betul2 depan teksi kami.

Gulp,

Ammu teksi terus slammed brake tuh.. teksi berganjak untuk beberapa inchi walaupun brek dah sepenuh hati ditekan. Punggung teksi ni hampir2 menjadi mangsa kereta di belakang. Kami kaku, tak biasa berlaku keadaan 'emergency brake' ni kalau kat Tanah Melayu.

Kemudian driver kereta depan ni terus pusing kepala dan marah2 kat driver teksi ni. Guess what, Ammu ni cool je dan lambai tangan kat lelaki tu. And I mean, really friendly. So, dengan bahasa arab ammiah yang kami 'melayu'kan, awat pakcik kool ja?

Dia explain yang manusia ni macam garbage truck. Dia lalu macam2 onar dalam hidup dia dan kumpul macam2 masalah [anger, frustration dll]. As their garbage piles up, they need a place to dump it and sometimes they’ll dump it on you. Tak yah personal sangat... Just smile, wave, wish them well, and move on. Don’t take their garbage and spread it to other people at work, at home, or on the streets.


yeah !

Pokoknya, orang2 sukses tak benarkan sikap garbage truck ni ruined over their day. Orang yang terlampau banyak hatred dalam diri dia tak akan bahagia. Hatta Rasulullah sekalipun sabar kalau orang lain ada buat kesalahan terhadap dirinya. Bagaimana Rasulullah nak menghadapi cercaan dan tohmahan dalam berdakwah kalau sabar itu tidak mngambil tempatnya at the first place. Sabar itu bukan tanda kelemahan tapi penghias diri. Hidup ini terlampau pendek untuk dikesali, so… love the people who treat you right & pray for the ones who don’t.

#Have a blessed, garbage-free day.
#Cerita ni rekaan, kopipes plusminus sket2, ibrah jgn lupa ambik


Monday, 17 June 2013

'Renek'


‘Weii... klu aku tgk ko ni skang bleh nampak belakang’

Yang p****K hujung sekali ! [waktu amik gambar]

Ko ni what’s app sini, what’s upp sana.. ko tak up2 pon~

A**** pakai kasut baru sama tinggi dengan aku




Berikut adalah situasi yang kurang menyenangkan pabila tiba waktu2 ketinggian diambil kira.. Bukanlah mengeluh, cumanya situasi2 begini buat Tok rasa ‘asing’ . Cehhh!
Kisah Ibn Mas’ood ni smart ouh!

lbn Masud, the Prophet’s SAW Companion, was the man who had been as small as a bird. He was just like a dwarf. He was so thin and short that he was the same height as a sitting person. He had very thin legs. He once climbed a tree to pick some arak sticks for the Prophet SAW, and when the Companions saw how thin his legs were they laughed. The Prophet SAW said, ‘Are you laughing at Ibn Masud’s legs? On Allah’s scales of justice they are heavier than the mountain of Uhud.’ Indeed that was the poor, weak hired boy who became by faith an Imam guiding people to the light.
 –hadith of the day-


We may be short in terms of physical means.. But never be a ‘short’ person in doing good deeds and spreading the beauty of Islam.. May Allah grant us taqwa, tawfeeq and hidayah in going good deeds.

O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted. -Hujurat 13-

Thursday, 6 June 2013

Orang Putih!

One day a British man asked from a Muslim scholar:

English man asked: ”why Muslim women are not allowed in Islam to shake a hand with men?”

The scholar said: “could you take the hands of Queen Elizabeth in your hands?”

English man said:” Of course not, only certain people are allowed to shake hands with the Queen”


The scholar answered: Our Ladies are Queen and the Queen won’t shake hands with strange men

#cp, but worth to share.. 


kedit

Saturday, 25 May 2013

Truth, Cry and Lie II


Aleya: Eh, awak ada guli

Ahmad: Ha’ah.. mak kita belikan.. hihi

Aleya: Awak nak tau.. Kita ade cekelat.. banyak tau.

Ahmad: Ye kerr.. hhmmm.. kite tukar nak.. awak amik sume guli, kita amik suma cekelat.nak?

Aleya: Hmmm.. ok la!

Maka berlakulah pertukaran dia antara Ahmad dan Aleya. Ahmad tidaklah sejujur yang disangka.. Ahmad rasa Aleya akan buang guli tu.. perempuan kan! Ahmad simpan sebiji guli yang paling lawa dan besar.Ahmad tak mau bagi guli tu.. Pada malam kejadian, Ahmad susah tidur.. Pusing kanan, pusing kiri.. ponn tak dapat tidur.. Jauh di sudut hati Ahmad risau yang Aleya juga turut korup dalam pertukaran [pemikiran budak2].

Ahmad: Entah2, Aleya pon ade simpan cekelat paling besar dan paling sedap.. mane aci!

[Kredit]

Dipercayai lebih utama dari dicintai!
Amanah itu akar mahabbah’- Ust Pahrol

Dalam suatu perhubungan, percaya adalah toggak asas. Mana mungkin cinta tanpa percaya. Tengok  ‘Ahmad’.. Ahmad yang ragu pada persahabatan.. Akhirnya.. hatinya tak tenang. Tidurnya tak lena.

Percayalah Pada Allah. Dia tahu yang terbaik buat kita. Dalam fatrah exam ni.. Usaha itu memang tanggungjawab kita, berjaya atau tidak itu reward. Kalau kita dah belajar bersungguh2, jangan risau natijah  kita mcam mana..  Kalau kita ada rasa gelisah dan tak puas, itu maknanya kita masih tidak percaya pada Allah. Kalau tak percaya, macam mana boleh cinta? #Doakan GENIIUS najjah exam, cuak ni

Do the best, Allah will do the rest

Saturday, 11 May 2013

# Cerkon 2


Melihat kemungkaran dan keculasan orang memang mudah. Namun sukar kuterjemahkan ke dalam sendiri. Saya terserempak dengan kawan dalam perjalanan menuju ke destinasi yang sama. Dia langsung tak memaling muka dan menyapa waima kami memang agak rapat dulu. Sangkaanku, mungkin dia ni dah sombong selepas dapat taklifan. Sembang tarbiah sini sana. Rajin pergi kelas agama. Solat sume waktu kat masjid.. Tapi akhlak,,, coit!

bwek !

Hakikatnya saya sendiri yang tak husnuzon. I am the one who shoud greet him ‘salam’ at the first place. Rasulullah pun orang pertama yang akan bagi salam, kenapa aku nak bajet holy nak judge orang yang tak bagi salam tu sombong. Mungkin jugak dia tu sibuk n fikir macam2 perkara. Mungkin jugak dia tak perasan kehadiran kami di situ. Stop being a person yang menjaharkan jalan2 orang lain ke nerakan instead of mencerahkan jalan sendiri ke syurga. [pesanan untuk diri sendiri]

Thursday, 2 May 2013

Road to Histology Exam



What a day! Janji temu kami dgn kertas peperiksaan amali histology dijadualkan jam 12. Sememangnya ikhwah telah bersiap2 dengan hensem sekali dengan dada yang berkubar-kubar, adapun yang masih belum tidur seusai solat sbuh yang masuk waktunya jam 3.40 pagi.. hmm. Maklumlah, final exam kot!

12.00- sampai, then sempit2 ngan arab kat depan lab.

12.30- dikhabarkan doktor nak habiskan grup2 student arab dulu. Pastu baru group student Msia.

12.35- kecoh2 sket pastu gi solat

1.00- masih menuggu

1.30- masing2 dah duduk atas lantai. kelihatan ada ikhwah yang bermain2 sambil menyanyi di tangga

1.45- dah maju sket.. dah naik floor lab histo

2.00- makin maju.. duduk kat kerusi depan lab

2.++- masuk lab

2-3 – tunggu giliran (akhowat masuk dulu, gentleman~~)

3.20- baru masuk (mood exam dah hilang)

3.30- baru buat first q’s.. then dah azan asar.. slide tak sama dalam revision pon!

Setelah lama menunggu, kami pon dpt juga ambil exam. Mood mmg dah cair la. Daripada nervous terus jadi fikir nak blik rumah je.. tension bila masuk exam2rebut. Hari tu exam fisio cam ni jgak.

Tapi bila fikir2 balik, kawan2 kita kat negara lain diuji dengan  exam sampai 6 jam.. wooh! Nak solat pon kena rushing. Kami baru me’nunggu’ 2-3 jam boleh main lari2 lagi. ... And kalau difikirkan dr2 yang stay untuk run exam tu dah berapa lama, depa lagi penat kot... ‘ala kulli hal. Jangan kita banyak songeh sgt. Lebih baik bykkan doa dri berleter memaki hamun sistem. Sampaikan di tempat yang betul.(time jumpa ngan dean sume kaku-nasihat utk diri sendiri). Doakan kami najjah ! Semoga kami lebih kuat kalau diuji lagi sedemikian :)
 
jalan goyang2 pasca exam

Wednesday, 17 April 2013

The Woodcutter

Once upon a time, a very strong woodcutter asked for a job in a timber merchant and he got it. The pay was really good and so was the work condition. For those reasons, the woodcutter was determined to do his best.

His boss gave him an axe and showed him the area where he supposed to work.
The first day, the woodcutter brought 18 trees.

“Congratulations,” the boss said. “Go on that way!”

Very motivated by the boss words, the woodcutter tried harder the next day, but he could only bring 15 trees. The third day he tried even harder, but he could only bring 10 trees. Day after day he was bringing less and less trees.

“I must be losing my strength”, the woodcutter thought. He went to the boss and apologized, saying that he could not understand what was going on.

“When was the last time you sharpened your axe?” the boss asked.
“Sharpen? I had no time to sharpen my axe. I have been very busy trying to cut trees…”



Our lives are like that. We sometimes get so busy that we don’t take time to sharpen the “axe”. In today’s world, it seems that everyone is busier than ever, but less happy that ever.Why is that? Could it be that we have forgotten how to stay “sharp”? There’s nothing wrong with activity and hard work. But we should not get so busy that we neglect the truly important things in life, like our personal life, taking time to get close to our Creator, giving more time for our family, taking time to read etc.We all need time to relax, to think and meditate, to learn and grow. If we don’t take the time to sharpen the “axe”, we will become dull and lose our effectiveness.

Author: Stephen Covey

From: 7 Habits of Highly Effective People, it seems that everyone is busier than ever, but less happy that ever.

Monday, 15 April 2013

Manifestasi Cinta

Ada sorang perempuan tua yang tinggal dengan anaknya di bandar. Perempuan ini menghidap alzheimer. Memang agak menyusahkan. Perempuan itu kadang kala terlupa nak basuh najisnya, lupa nak kunci pintu rumah, biarkan dapur gas dan lampu bilik mandi tak ditutup dan mcm2 lagi. Hari2 anaknya kena bg full attention dekat mak ni. Mcm2 perkara dia lupa. Anaknya makin sedih dan luntur kasih sayangnya pada orang tua tuh hari demi hari. 

Satu hari perempuan tua tuh nak keluar rumah .Waktu tuh anaknya tiada. Dia pon amik kunci dan drive kereta anak die ke menuju ke destinasi yg tak dapat dikenalpasti. Bila si anak balik dan tengok maknya dan kereta dah takde, anaknya menggelabah dan terus call polis. Tak lama kemudian, maknya pulang bersama kereta. Tetapi ditemani oleh 2 orang lelaki. Apabila di tanya, 2 lelaki ckp cmni.

Kereta makcik ni td stop tgh jalan. Minyak habis. Kami pon tolonglah. Dia ckp dia pon lupa jalan balik. Address pon tak ingat. Tapi dia cuma ingat first dan last name anak kesayangan dia. Kami pon google dan dapat cri alamat nih. Anaknya pon speechless.

Moral of the story : Jangan putus harapan. Cinta tu still ada tapi mungkin tak dapat nak manifest sbb anak tuh yang tak rasa soul die. Baginya, cinta itu hanya terbukti kalau maknya buat baik dan terus menerus dapat sumbang something dalam kehidupuan die. Sama macam kita. Kalau Allah uji kita mcm2, kita doa kaw2 dan expect Allah akan permudahkan tapi Allah mcm tak respond. Jangan expect yang kasih sayang Allah hanya ada ketika dia bg kat kita kebaikan. Ingatlah yang cikgu2 kita time exam pon tak bagi jawapan kat kita. Dan mungkin hikmahnya Allah nak kita ubah hati kita sebelum Allah ubah situasi kita. Kasih sayang Allah lebih hebat daripada kasih saang ibu kepada anaknya. Jgn berhenti berdoa dan berusaha! #BOOSTER


#kedit

Sunday, 7 April 2013

Lagi-lagi masalah !


Apsal aku tak jawab jawapan ni tadi? *tepuk dahi kuat2
Serabut giler arab ni ! @#$%^&*
Duit aku hilanglah !

Adik ade maslah eh? :p 

Sometimes, we faced a lot of unberable problems. Those problem are test from Allah. We need to go through this test asking Allah to help us. When you go to school, the more test you have, the more the question you have,  the more difficult the question you have , the more the qualification. Whenever a person had a good results in A-level exam, he is more than qualified to enter any of those well-knowed universities. So Allah test us in order for us to have a better palace in heaven. He put more difficulties in it. Some of us are bancrupt, some of us loss his legs, some of us failed in exam and a lot of any other problem just to test, are these tests will shatter our faith?  - Mufti Menk

Masalah yang timbul boleh datang dari pelbagai angle. Kengkadang time balik main futsal, kedang time tengah tidur dan dll. Masalah2 ini juga yang boleh buat kita terjaga dari tidur sambil berpeluh2. Sehingga jauh di sudut hati tak mampu nak hadapinya lagi.. Seringkali kita bila berhadapan dgn masalah tak mampu nak bersandar pada Allah. Ramai orang yg namapak hebat dalam amalan2 fardhu tapi bila itimpa masalah mengamuk melempar pasu. eh?  



Boleh jadi masalah yg Allah turunkan boleh jadi kifarah dosa/menghapuskan dosa2 kecil kita yg lampau. Mungkin juga Allah jadikan masalah kerana Allah ‘rindu’ pujuk rayu hambaNya. Sedangkan Rasulullah S.A.W yg maksum itu diuji. Baginda dilempar najis, diuji dengan kematian isteri dan bapa saudaranya dan mcm2 lagi, tetapi adakah baginda merungut dan lupakan Allah? Terpana seketika pabila terkenang kita yang baru kena kacau sket dengan arab2 terus melatah dan marah tahap dewa. Huhu.

“Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji?”(Quran 29:2)

Mehlah kita bersabar dan seek guidance from Allah tatkala senang dan susah. Allah uji kita untuk lihat mcm mana kita rebounce dan capai ‘tangan’ Allah kembali. May Allah grant us his blessing in this world and hereafter =)

Monday, 1 April 2013

Ikan Todak Goreng Tepung


Salam. Ikan ada banyak jenis. Ikan apa yang lg besar dari ikan bawal? Jawapannya ikan bawal goreng salut tepung. :P

Tatkala Singapore ketika dahulu dikatakan dilanggar todak, orang2 di sekitar pesisir Dangan Bay agak heran mengapa ikan2 todak tersebut bila digorang tidak terasa masin. Sedangkan sudah ma’aruf habitatnya itu sudah sedia masin. Maka dibuat macam2 usaha utk memastikan ikan itu pabila dimakan terasa masin. Akhirnya timbullah idea untuk marinate ikan tuh selepas kematian beliau.

Cerita ni tak jauh beza dengan kita. Ikan tuh tak terpengaruh dengan keadaan sekeliling sebab beliau masih hidup. Masih ada mekanisma penyingkiran garam dalam insangnya. Kalau manusia, kalau kita hati kita hidup, konpem susah nak bagi buasir2 anasir2 berhaluan kiri invade hati kita. Tp kalau mati? hmm.. mcm mana nak jaga?  Maka perhidupkan hati dengan amalan fardhu dan hiasilah ia dengan amalan2 sunat. Renung-renungkan dan selamat beramal!


Saturday, 16 March 2013

When actions speaks louder!


Character plays a major role of inviting mad3u to taqwa. You may be great in delivering speech but your action makes most of the effort of making mad3u conscious of Allah. There was a story of a muslim man. He was raised by a muslim family. But his family’s deen was some kind of complicated. It was totally mixed up with other religion. He grown up in New York and never really practicing Islam at that time. He used to get into fight with his mother, he went to jail, he used to be in mob gangs and all kind of stuff.

Later on, he repented and starts looking for god. As his name was muslim so he started to search about Islam. He started going to masjid and starts learning how to pray. One day his wife [who was not a muslim at that time] realized that his husband had changed. He was praying, beers was gone from the fridge, he was not going out with his drinking buddies and he did not spend his weekend in Atlantic City anymore. He was a different guy! And the guy did not tell anything to his wife. He didn’t even asked the wife to wear hijaab or to pray. 

The guy went to meet a scholar in their city. He told the scholar of their current situation that he was becoming more religious and her wife was still a christian. And he did asked for help! The scolar said ‘ Don’t say anything about islam. Just be the best husband you can be and to that, just study what kind of husband that our prophet had shown to us’. In the other word, just follow the sunnah!


At first he did make some argument with her wife about christianity but none of them really worked. 3 years goes by and he stops debating about christianity. He just be what he can be as the best husband. One day as he was making maghrib, his wife joint him in solah! He was totally curious and asked her after solah.

H: What happen?

W: No, nothing..

H: No you have to tell what’s going on.

W: It’s  complicated [like most women said]. Eventually the wife told the husband that she was really amazed with his husband. The way he treated their family. The way he plays with their child. It was totally different. She never saw a man treated their family like he was. Even his father was not so good to her. It was so beautiful. This religion can’t be wrong.

Subhanallah! You can see Islam in the way people communicate and socializing. It was’t just about being in masjid, remembering as many ayah of quran, spits out the knowledge at someone and how many qoutes of scholars you can deliver. It is about how are you living up your life. If people can see that, you are calling them to the taqwa. -UNAK-


I'm not so good when it comes to practical but do pray for me and tell me if I did anything wrong :)


Wednesday, 13 March 2013

Hagah Lillah


Once there was a blind old begar in the city of Madinah. She spent most of time cursing Muhammad (Pbuh) “Brothers and sisters! Don’t go near Muhammad. He is nothing but an imposter, a witch,  a mad man. If you approach him, you will be under his influence and become like him. ”




When Rasulullah (pbuh) heard about this, he came to him and looked upon him without saying anything. From that day on, Rasulullah began to come to him everyday to tend and feed him without telling him who he was. And the old beggar keep yelling and telling nonsense things abaout Muhammad Pbuh. After Muhammad had passed away, there are nobody to fed the old guy. 

One day, Abu Bakr came to visit her daughter Aisha R.A and asked her whether he has left out any daily habits that has been done before by the prophet. Aisyah R.A answered that her father has not done the daily activities of feeding the old beggar on the corner of the Madinah city market.

Hence, Abubakar RA, came to that old beggar to carry the habit of Rasulullah. He began to feed him for a while but then the beggar was annoyed and shouted angrily to Abubakar R.A, “Who are you feeding me?”

“It is I who always come here to feed you”, answer Abubakar.

“No, you’re not! You’re a different person. The man who always comes here, usually grind the food until it is soft enough for me to chew and then feed me gently with his own hand. You didn’t do the same thing and your hands are different.”

Hearing his words, Abubakar could not help himself but cried. He told him, ” The noble man that always came here to feed you was not here anymore. He has left us to his Rabb.”

“Who was this man?”, asked him, with softer voice. “He is Rasulullaah, Prophet Muhammad sallallahu allaihissalaam.”


Hearing this, the man cried unintentionally. When he finally got a grip of himself, he said “So he was the man that I always cursed and insulted but nevertheless he still tended me so gently and dearly. And I never had the chance to ask for his forgiveness. May Allah forgive me for  my sins.” And at that moment in front of Abubakar as Sidiq he cited the syahadat and converted to Islam.




 

A LEJEN TO BE Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger