Saturday 16 February 2013

Unsung Hero






Bilal bin Rabah, sahabat nabi yang berkulit hitam, adalah muazin pertama dalam Islam dan juga bekas hamba abdi yang dilantik oleh Rasulullah S.A.W untuk melaungkan azan lima kali setiap hari. Sehinggakan apabila tibanya waktu solat, golongan malaikat begitu ternanti-nanti laungan azan dari Bilal. Terdapat satu kisah, saorang sahabat meminta keizinan dari Nabi Muhammad S.A.W untuk melaungkan. Namun, Rasulullah S.A.W agak keberatan untuk membenarkannya. Selepas puas memujuk Rasulullah membenarkannya untuk melaungkan azan Subuh.

Sewaktu ingin menunaikan Solat Zohor, “penduduk langit”  iaitu malaikat turun untuk bertemu Baginda S.A.W dan bertanya kepadanya’  “Wahai Rasulullah, adakah kamu tidak solat Subuh pagi tadi??”. 
Baginda menjawab, “Sudah tentunya aku Solat Subuh pagi tadi.”

Malaikat berkata lagi, “tetapi mengapa kami tidak mendengar azan dilaungkan Subuh tadi??”
Baginda terus berkata, “Bukan Bilal Bin Rabah yang melaungkan azan Subuh pagi tadi tapi sahabatku yang lain.”

Rasa berat hati Rasulullah S.A.W benar-benar ada sebabnya. Baginda S.A.W merasakan hati sahabat tersebut mempunyai masalah menyebabkan laungan azan yang cukup merdu didengar Subuh tadi, dengan penuh tajwid, harakat dan tarannumnya serta penampilannya yang hebatdari segi pakaian, rupa parasnya yang tampan beserta wangiannya yang mahal tidak mampu didengar oleh penghuni langit.

Adapun Bilal Bin Rabah yang kulitnya hitam legam, pakaian yang amat sederhana dan suara tidak semerdu sahabat tadi, azan yang dilaungkannya dapat didengar oleh penghuni langit. Itulah tanda keikhlasan Bilal Bin Rabah.

Sumber = iluvislam.com

Kisah Saad bin Muaz

Saad Bin Muaz adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW  yang berkulit hitam pada masa itu malah dikatakan jauh lebih hitam daripada Bilal. Saad memeluk Islam pada usia 31 tahun dan syahid pada usia 37 tahun, seorang yang tinggi iman dan cintanya kepada Allah.

Ketika berhijrah ke Madinah, beliau ingin mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya seorang perempuan di Madinah.  Disebabkan kulitnya yang hitam, pinangannya ditolak berkali-kali. Rasa kecewa menyelebungi lalu mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana berkulit hitam sehingga pinanganku ditolak  berkali-kali?". Lalu, Rasulullah berkata, “Jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin”. 

Lalu, Saad dibawa oleh sahabat-sahabat ke rumah wanita yang cantik di Madinah itu. Mereka dilayan dengan baik oleh bapa wanita tersebut. Di saat hajat mereka disampaikan untuk meminang anaknya, si bapa sangatlah gembira kerana menyangka anaknya dipinang oleh  Rasulullah. Kejujuran Saad menyatakan bahawa beliaulah yang ingin meminang anaknya itu. Si bapa menjadi marah dan menghina Saad yang berkulit hitam ingin berkahwin dengan anaknya yang cantik.

Perempuan tersebut menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad Bin Muaz yang merupakan seorang yang dijamin oleh Rasulullah. Lalu, si bapa pergi mengejar  Saad dan meminta maaf serta menerima pinangan Saad di depan Rasulullah. 

Dan Rasulullah menyuruh Saad membeli kelengkapan perkahwinannya. Ketika sedang membeli keperluan perkahwinan, Saad terdengar seruan jihad daripada Rasulullah, “Wahai pemuda2 Islam, bersiap siaga segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita." Lalu, Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang, baju perisai dan kuda.

Saad segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat-sahabat yang lain . Disebabkan baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali . Takdir Allah, Saad  syahid  dalam peperangan tersebut. Berita syahidnya Saad disampaikan kepada Rasulullah.

Rasulullah berkata, “Di saat kematian Saad bergegar Arasy Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya walaupun hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.

Kisah2 ini sememangnya di kopi pes tapi nak habaq kat suma yang paras rupa, harta, kedudukan tak menjamin kedudukan yang mulia di sisi Allah.. Hatta yang mulia di mata manusia belum tentu mulia di sisi Allah.. Kedua2 orang sahabat ini telah bagi suatu ibrah yang sangat hebat kepada kita semua.. Dikatakan ketika Bilal diseksa hanya seruan shahadah sahaja yang telah turun. Tapi cintanya tiada dusta kepada Allah. Tapi kita dah komplete rukun islam berlima masih terkial2 dalam penghayatan... jom jd insan bertaqwa!




0 comments:

Post a Comment

 

A LEJEN TO BE Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger