Salam w.b.t
Yah, aku nak jadi baik dan dikelilingi orang baik.
Orang baik ni aku definisikan sebagai orang yang 'do no harm'
-Tak minum arak
-Tak tinggal solat
-Tak lawan cakap ibu bapa
-Tak main perempuan
-Tak merempit
-Tak hisap dadah
-Tak tinggal kelas
Ok, orang baik ni yang membezakan mereka adalah apa yang mereka boleh buat untuk orang lain. Sebagai contoh diorang punya communication skills, common sense.
Orang yang tak punya kemahiran yang mantap hanya berlaku 'baik untuk dirinya'. Makna kata dia ni tak memberi manfaat yang banyak untuk orang lain. Sebabnya jarang bergaul. Engkau dengan diri kau, aku dengan cara ku. Kalau masak, dia buat part dia dan tinggal selebihnya untuk orang lain. Tiada lebih tiada kurang. Cukup2 untuk lepaskan diri kalau ada ahli beit persoalkan dia tentang tanggungjawab ahli rumah. Orang macam ni kalau dia tiada pon takpa ibaratnya. Mereka tidak banyak berkomunikasi dengan orang sekeliling. Kesan nye diorang mudah bergaduh tentang hal yang remeh-temeh. Bila bergaduh tidak tahu nak selesaikan macam mana. Yelah, jarang tahu hati budi orang. Common sense kurang, kita saja yang betul. Saya rasa orang ni lagi 'nampak' kekurangan kalau mereka buat silap berbanding orang yang jahat yang melakukan kesilapan. Sebab mereka [budak baik] ni faham mana baik dan mana buruk. Cukuplah. Kita pon tahu macam mana rupa orang ni. Kadangkala muncul dalam diri ini jua.
خير النّاس أنفعهم للنّاس
Orang baik satu lagi yang punya soft skill yang baik dan common sense yang tinggi. Orang macam ni biasanya memberi impak. Kalau seorang budak baik hanya mampu menutup luka yang terbuka, orang yang ada soft skill boleh treat the cause of bleeding. Kalau buat sesuatu mereka fikir orang di sekeliling mereka. Amal yang baik tu kan umpama pokok, akhlak itu buahnya. Kehadiran mereka disenangi. Kata Syeikh Yusri Hafizahullah, orang ini dicintai sebab 3 perkara iaitu kecantikan, akhlak dan budi yang baik sebagaimana Rasulullah salallahualaihiwasallam. Kita ni muka tak kemah sangat, so biarlah akhlak dan budi kita ni mengingatkan kita kepada Allah. Kalau banyak amal tapi akhlak masih kurang maka ada problem la kat situ ye dok.
Ni adalah pandangan tandus ku tentang sekeliling. Bukan lah fatwa. Kalau yang baik ambil iktibar, klu kurang boleh tegur. Doakan sekali ya. wallahua'alam
0 comments:
Post a Comment