Friday 27 September 2013

juru-belajar

"Bacalah Dengan nama tuhanmu yang menciptakan"
(Surah Al-A'laq:1)

'Belajar kerana Allah'
Memang ayat yang common, cliche org cakap. Tapi bila bab nak amal tu yang terhincut-hincut. 

Problem nye datang bila student2 ni actually memandang sistem pembelajaran ni berdasarkan untuk lepas exam sahaja. Sedangkan sistem itu dicipta untuk melengkapkan suasana pembelajaran. Masalah ni memang sinonim dengan orang melayu. Bila nawaitu saumaghodin nya dah diletakkan untuk setakat lepas exam, maka wujudlah situasi2 seperti berikut:

1) Kehadiran ke kelas umpama biskut chipsmore. Kejap ada, kejap takde. Kalau yang konsisten pon dtg kelas umpama itik pulang petang, kelas dah start setengah jam baru nak nampak muka.
2) Kebanyakan masa sebelum exam dihabiskan dengan gajet, membalas komen2, twit, analisis politik, stalking, beradu dan banyak lagi.
3) Markah exam cukup2 makan.
4)Apa yang dipelajari malam sebelum exam hilang sejurus melangkah keluar dewan peperiksaan.

Ok, bukanlah markah cukup2 makan itu tidak bagus. Ia masih menunjukkan anda hadir ke ujian dengan strategi. Cuma bukankah markah yang baik dan sikap yang sentiasa bersemangat nak menuntut ilmu akan memberi imej yang baik sebagai seorang muslim.

Seperti kata Sheikh Hussain Yee, Orang selain Islam di Malaysia sukar nak lihat Islam tu kerana Melayu. [ayat ni bukanlah exactly quote]. Di Tanah Melayu ni melayu menggambarkan islam. Jika dilihat di sekolah2 mahupun di ipt, yang mengungguli tempat2 teratas adalah orang2 selain islam. Klau kita di tempat mereka, mahukah kita 'join' satu agama yang pelajar2 nya tidak mampu bersaing baik dalam pelajaran, tapi masih diberi keistimewaan yang terlampau banyak. 

Jadi bagaimana nak niat kerana Allah?

1) Niatkan sikap enthusiasm, competitive dan spirit nak belajar tu akan beri pandangan yang positif kepada non-muslim.
2) Nak jadi pelopor kepada penemuan2 baru.
3) Kalau orang islam pandai, hebat bersuara, berani ke israel nak serang palestine?
4) Paling penting nak kenal Allah. Refleksi diri, seelah berapa tahun anda belajar, adakah anda semakin takut kepada Allah atau masih tak berasa apa2.


Monday 2 September 2013

Kerana mata yang memandang


Kerana matamu memandang
aib sebalik tabir.
Kesal hatimu bergetar
mengundang taubat sebenar.

Hilangmu dirasai Nabi,
Umar dan Salman diminta mencari.
Ke rumah ke pasar dijejaki.
Sehingga gunung didaki.
Riwayat penternak menyentuh hati.
Kisah air mata diberita.

Umar menjemputnya dari sahara,
Nabi mengunjung pohon berita.
Kekal Iman syurga dipinta.
Maut menjemput penuh selesa.
Malaikat mengiring sampai pusara.

Inilah kisah duka Sa'labah.
Takutkan diri tidak diterima
mencari ampun berair mata.
Tenanglah dia dalam syurga.

Siddiq Osman.

#The believer sees his sins as if he is sitting at the foot of a mountain fearing that it might fall on him, while the sinner  sees his sins as a fly that lands on his nose, he just waves it away. 
-hadith
#pray4egypt
 

A LEJEN TO BE Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger