Monday, 2 September 2013

Kerana mata yang memandang


Kerana matamu memandang
aib sebalik tabir.
Kesal hatimu bergetar
mengundang taubat sebenar.

Hilangmu dirasai Nabi,
Umar dan Salman diminta mencari.
Ke rumah ke pasar dijejaki.
Sehingga gunung didaki.
Riwayat penternak menyentuh hati.
Kisah air mata diberita.

Umar menjemputnya dari sahara,
Nabi mengunjung pohon berita.
Kekal Iman syurga dipinta.
Maut menjemput penuh selesa.
Malaikat mengiring sampai pusara.

Inilah kisah duka Sa'labah.
Takutkan diri tidak diterima
mencari ampun berair mata.
Tenanglah dia dalam syurga.

Siddiq Osman.

#The believer sees his sins as if he is sitting at the foot of a mountain fearing that it might fall on him, while the sinner  sees his sins as a fly that lands on his nose, he just waves it away. 
-hadith
#pray4egypt

0 comments:

Post a Comment

 

A LEJEN TO BE Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger