Salam. Ikan ada banyak jenis. Ikan apa yang lg besar dari
ikan bawal? Jawapannya ikan bawal goreng salut tepung. :P
Tatkala Singapore ketika dahulu dikatakan dilanggar todak,
orang2 di sekitar pesisir Dangan Bay agak heran mengapa ikan2 todak tersebut
bila digorang tidak terasa masin. Sedangkan sudah ma’aruf habitatnya itu sudah
sedia masin. Maka dibuat macam2 usaha utk memastikan ikan itu pabila dimakan
terasa masin. Akhirnya timbullah idea untuk marinate ikan tuh selepas kematian
beliau.
Cerita ni tak jauh beza dengan kita. Ikan tuh tak
terpengaruh dengan keadaan sekeliling sebab beliau masih hidup. Masih ada
mekanisma penyingkiran garam dalam insangnya. Kalau manusia, kalau kita hati
kita hidup, konpem susah nak bagi buasir2 anasir2 berhaluan kiri invade hati
kita. Tp kalau mati? hmm.. mcm mana nak jaga? Maka perhidupkan hati dengan amalan fardhu dan hiasilah ia
dengan amalan2 sunat. Renung-renungkan dan selamat beramal!
0 comments:
Post a Comment