Wednesday, 19 February 2014

Baik.




Salam w.b.t

Yah, aku nak jadi baik dan dikelilingi orang baik.
Orang baik ni aku definisikan sebagai orang yang 'do no harm'

-Tak minum arak
-Tak tinggal solat
-Tak lawan cakap ibu bapa
-Tak main perempuan
-Tak merempit
-Tak hisap dadah
-Tak tinggal kelas 

Ok, orang baik ni yang membezakan mereka adalah apa yang mereka boleh buat untuk orang lain. Sebagai contoh diorang punya communication skills, common sense.

Orang yang tak punya kemahiran yang mantap hanya berlaku 'baik untuk dirinya'. Makna kata dia ni tak memberi manfaat yang banyak untuk orang lain. Sebabnya jarang bergaul. Engkau dengan diri kau, aku dengan cara ku. Kalau masak, dia buat part dia dan tinggal selebihnya untuk orang lain. Tiada lebih tiada kurang. Cukup2 untuk lepaskan diri kalau ada ahli beit persoalkan dia tentang tanggungjawab ahli rumah. Orang macam ni kalau dia tiada pon takpa ibaratnya. Mereka tidak banyak berkomunikasi dengan orang sekeliling. Kesan nye diorang mudah bergaduh tentang hal yang remeh-temeh. Bila bergaduh tidak tahu nak selesaikan macam mana. Yelah, jarang tahu hati budi orang. Common sense kurang, kita saja yang betul. Saya rasa orang ni lagi 'nampak' kekurangan kalau mereka buat silap berbanding orang yang jahat yang melakukan kesilapan. Sebab mereka [budak baik] ni faham mana baik dan mana buruk. Cukuplah. Kita pon tahu macam mana rupa orang ni. Kadangkala muncul dalam diri ini jua.

خير النّاس أنفعهم للنّاس

Orang baik satu lagi yang punya soft skill yang baik dan common sense yang tinggi. Orang macam ni biasanya memberi impak. Kalau seorang budak baik hanya mampu menutup luka yang terbuka, orang yang ada soft skill boleh treat the cause of bleeding. Kalau buat sesuatu mereka fikir orang di sekeliling mereka. Amal yang baik tu kan umpama pokok, akhlak itu buahnya. Kehadiran mereka disenangi. Kata Syeikh Yusri Hafizahullah, orang ini dicintai sebab 3 perkara iaitu kecantikan, akhlak dan budi yang baik sebagaimana Rasulullah salallahualaihiwasallam. Kita ni muka tak kemah sangat, so biarlah akhlak dan budi kita ni mengingatkan kita kepada Allah. Kalau banyak amal tapi akhlak masih kurang maka ada problem la kat situ  ye dok.

Ni adalah pandangan tandus ku tentang sekeliling. Bukan lah fatwa. Kalau yang baik ambil iktibar, klu kurang boleh tegur. Doakan sekali ya. wallahua'alam

Sunday, 16 February 2014

Travelog .01

City of Rome

Selamat sampai di Lapangan Terbang Leonardo Da Vinci Rome pada jam 11. Ku sangkakan butir-butir salju menyambutku di. Tapi kepul-kepul asap yang menemani ku sepanjang malam. Heh. Bila sampai kat airport rasa nak melompat-lompat sebab excited. Tapi bila sampai depan kaunter nak beli tiket ke Roma Termini, bwlehh. Tak tau nak cakap apa. Rafi memang hebat, berbekalkan beberapa patah perkataan asas Itali dengan loghat Sepanyol, beliau hero malam tu. 40 minit perjalanan kami sampai di Roma Termini [lebih kurang macam KL Sentral]. Satu hal nak mencari VIA DEL RETTI tengah-tengah malam bersama bag seberat 26 kilo yang digalas. Driver taxi offer  6 euro seorang. Setelah gagal bertepung tawar dengan kami, beliau cakap, ‘you will never find the place’. Alhamdulillah, a frenchman willing to help us. Beliau memang bagus. Tunjukkan jalan sampai ke tempat kami. Dia kata dia pon suka bagpacking.

Overall bandar Rome ni tak lah bersih sangat. Macam KL jugak. Tapi jalan raya dia guna pavement. Malam-malam kota Rome agak lawa terutamanya Colosseum yang disimbahi lampu jalan dan sinaran bulan. Homeless memang ramai. Sama macam Kaherah.Tapi pakaian diorang nampak lebih proper dan prepare betul-betul untuk winter berbanding aku. Kota yang maju, orang yang kaya, tapi ramai pengemis.

Kehidupan itu untuk dicintai, Kebendaan itu untuk diguna.
Tapi sekarang kehidupan itu diguna karna terlampau mencintai kebendaan.

Pada awal aku beranggapan faktor cuaca yang bentuk peribadi sesorang. Yelah, keadaan yang tandus, kering, panas serta makanan2 yang kurang kuah buat kebanyakan orang di timur tengah kasar. Tapi lain pula ceritanya di Itali. Mereka pun kasar dan tak welcoming. Teori ku dangkal.
Macam-macam tempat kami pergi. Colosseum, Roman Forum, Palatino, Vatican city. Kalau kristian maybe macam pergi haji. Hehe. Mekah pon aku tak sampai lagi!


Tertinggal Flight.
Kami lewat bangun. Jam 6.15 pagi. Flight yang dikejar 10.40 a.m. ke Copenhagen. Tak menjangka keadaan ini akan berlaku, kami pon lenggang-lenggang, mengedik-gedik bersiap sampai keluar rumah hampir jam 8.
Kami tak jangka keadaan pengangkutan awam ke Lapangan Terbang ambil masa lebih 2 jam. Takdir Allah kami sampai beberapa minit sebelum jam 10. Waktu yang sepatutnya pintu check in ditutup.

‘You are late’

Aku benci ayat tu. Penat aku berhabis nafas berlari ke terminal. Dia reject terus nak ambil beg kargo.
Beg kargo itu yang buat kami lambat masuk ke pintu check in. Yelah, tak kan nak ditinggal beg makanan tu. Kami usung beg tu mencari tuan untuk menjaganya beberapa hari sepeninggalan kami ke Copenhagen. Semuanya menggeleng.

‘Tak pe, aku stay. Esok aku datang’

Pecal bersuara. Kami cepat bersetuju sebab Pegawai imegresen yang scan barang kami cakap kami hanya ada 10 minit untuk setelkan bag tu dan berlari masuk cari gate. Ya kami berlari.

Kami berlari nak cari gate. Brader check in tadi tak berapa menolong sangat. Maklumat yang kami dapat pintu 20. Yang ada hanya sampai gate 19. Sampai gate 19 tengok papan tanda easyjet dah berubah ke Athens. Bukan Copenhagen.

Kami berhenti duduk. Kami panas dan berpeluh. Hati penuh perasaan. Paradoksnya kami di tengah kesejukan cuaca.  Tandus ku melihat teman. Nak main siapa yang bersalah hanya sia-sia. Flight tu dah terlepas. Kau bergaduh sampai esok bukannya boleh patah balik. Salahkan diri sendiri.
Perkara pertama ialah cari Pecal. Kita perlu regroup.

Sebab kan tnet pun kena bayar mahal. The only option yang ada adalah balik ke Roma Termini untuk cari tiket seterusnya ke Copenhagen. Sama ada jalan darat atau udara.

Bermalam di Airport

Aku rugi 105 euro. Allah
Plan hari tu tidur di airport untuk flight seterusnya jam 10.40 jugak. Aku rasa macam itu lah worst point of my life. Kadangkala ada hari yang kau wish kau tak bangun nak hadapi hari tu. Minum air paip dalam tandas yang busuk. Internet takde. Pakaian yang dipakai dari pagi bawa ke malam. Rugi duit. Tidur tak cukup. Allah. Memang hari tu Allah uji untuk aku nak tengok macam mana aku react.  ‘Bila difikirkan dengan perangai aku yang suka lambat-lambat ni, boleh jadi aku bawa ke alam pekerjaan. Dah la nak jadi doktor. Nanti nyawa patient pulak jadi taruhan. Tu yang Allah ingatkan sekarang kot’  bisik suara halus dalam benakku.

Solat di open space bukanlah suatu perkara yang memalukan. Omputih akan perasan dan buat tak tahu. Mungkin mereka akan pandang lama sket kalau tak tau yang kita tengah solat. Budak-budak ni buat ritual barangkali.

Tandas tanpa paip
Ini bukan pertama kali. Di Cairo pon ada. Tapi sentiasa ada pilihan lain. Kali ni tiada pilihan. Redah saja. ‘Ko basahkan dulu tisu tu’ kata expert. Ternyata berkesan.

Copenhagen

Sampai ke CPH Airport masih siang. Nampak white patches dari udara. Turun flight menggeletar. Salji dan kesejukan berpisah tiada.

First impression aku kat sini orang mereka pandai cakap omputih. Walaupun bahasa asal mereka ‘Danish’. Then orang mereka sangat welcoming. Tnya sedkit ja, mereka terang sampai halus. Seronok betul! Bila naik train tengok salji di sekeliling rasa terubat luka di hati. Rasa rugi duit pudar detik ke detik.

Danish memang pandai respect orang. Diorang tak kan menyampuk perbualan orang lain. Ada sekali tu kami tanya kat makcik ni. Dia terang la jalan nak ke ‘situ’. Then kami bincang-bincang sesama sendiri sampailah beberapa ketika kami perasan yang makcik tu macam dok tunggu kami. Rupanya dia nak bagi tau something. Dia nak tolong tapi die sanggup tunggu. Bagus betul.

Pastu kat hostel Zahari tanya pasal cheese yang ada tepi kaunter. Halal ke idak?
Receptionist tu terus call kilang yang buat cheese tu untuk confirmkan. Wahh

Pengurusan masa memang tip top la. Kayu ukurnya efisyen ke tak perkhidmatan awam. Semua sifat-sifat diorang buat aku rasa kerdil. Diorang lagi ‘islam’ dari aku. ~~

Makanan memang mahal disini. Antara bandar yang living costnya termahal lah katakan. Satu air iced lemon tea mencecah 21 DKK. Sama dengan 21 genih. Satu meal falafel maybe hampir 50 DKK. hmm

Kami ada jugak visit satu family melayu di Copenhagen. Diorang memang best. Perasaan bila jarang-jarang jumpa melayu memang sangat menyeronokkan. Diorang serve nasi ayam. Terubat rajukku dengan lancheon. Pakcik tu ajar sket sebutan-sebuatn Danish. Ejaan Nyhavn, sebutan Nyhon. Ejaan Stroget, sebutan Strot. Haha pelik sungguh.

Kat sini aku kenal Manos. Brader India. Dia memang bagus. Aku tahu dan belajar seberapa perkara dari dia. Danmark klu nak accept imigran kena ade master baru secure. Tax tinggi tapi health and education is for free.Acha~

Sejuknya Copenhagen ni memang tak menahan. Merah sungguh telinga. Part yang paling tak best bila tertinggal fon di hostel. Dah la dalam tu ada gambar family. Baruku sedar yang aku ni clumsy!

Helsinborg

Feri dari Helsinger, Danmark ke Helsinborg hanya 20 minit.
Sampai sana untuk beli poskad dan tangkap gambar je. Haha
Aku sempat kahak di situ. At least bila dia tersejat, partikal kahak tu akan terkitar untuk disedut untuk penduduk Sweden. Secara tak langsung aku ‘hidup’ kat situ. Terdesak betul ^^

Train Harry Potter

Kami naik train dari  Rome ke Venice. Train Hoghwart kami panggil. Masuk train ada bilik cam dalam movie tu. Kami recall beberapa spell just in case ada dementor kacau. Haha
Kami kenal Zina Kabarchuk. Orang ukraine tapi duduk di Italy. Dia tolong kami time kena kacau dengan ‘dementor’ italy. Italian Mob. Jangan keluar mana-mana kalau sudah lewat malam di Italy. Orang pelik-pelik keluar.

Kedit untuk Rafi



Venizia


Kami sampai awal pagi sebelum subuh di stazione Venizia. Seriously sejuk kaw2. Bila fajar menyingsing, baru perasan yang Venice memang lawa!

Kami jalan ke Arsenalle. Metro Venice yang tawar khidmat bot. Takde kereta atau motor di sini. Pengangkutan utama adalah Autobus which is bot sebenarnya. Rare kan~

Per Realto dan San Marco adalah tempat utama di sini. San Marco gereja. Kat situ ada Gothic Museum. Kami tak masuk sebab lari bajet. Aku especially.

Venice memang lawa untuk berbulan madu. Korang kena pergi sendiri baru tahu kenapa. Kat sini jumpa family melayu. Aku bagi salam then lambai. Yang balas anak perempuan diorang. ^^

Modena

Asal usul Ferrari. Rumah Enzo Ferrari ada di sini. Dia jual rumah untuk beli first racing car beliau. Ternyata itu satu pelaburan berbaloi! Kalau kita nak buat macam tu kena put the effort to the fullest. Jangan hari ni berangan tapi kita tak bangun esok nak kejar angan-angan tu.

Firenze

Florence kata omputih. Diorang ni sesuka ubah nama tempat. Kaherah jadi Ciro. Firenze jadi Florence. Venizia jadi Venice. Haihh
Kami melawat El-Duomo. Gereja lagi. Tapi dengan kubah terbesar di dunia [kalau tak silap].
Aku tak tau kat mana cantiknya Florence sampai aku naik satu bukit ni. Kat atas bukit ni ada patung David by Micalangelo. Semuanya bo-gel belaka. Tapi view dari atas ni menghala ke Florence city. Breathtaking view. Kalau aku kaya, tiap-tiap bulan aku minum kopi atas bukit ni. Hehe

Kat Florence ni banyak Imigran. Especially Bagladeshi. Depa jual merchandise. Tiap-tiap bulan dapat lebih 1000 euro. Mantap oo! Setahun diorang kerja di M’sia baru sama dengan yang di Italy. Itu yang depa cerita. Walaupun orang melayu pandang serong, aku rasa diorang bagus sebab suka cari peluang. Opportunist. Kerja yang orang local tak mau buat depan kejar. Kat Italy kumpul duit, balik negara sendiri boleh bikin bisnes.

Chinese lagi merata. Tiap tempat aku pergi diorang kerja. Kalau Jebat cakap takkan hilang melayu di dunia, aku rasa cina lagilah. Takkan hilang di mana-mana. Haha

Kredit kepada meja makan yang kami tumpang

Pisa

Kat sini orang sume buat gaya tolak bangunan senget tu. Everybody was kung fu fightin~
Pisa cam KK. Pekan kecil tapi ramai orang. Thanks to GPS bergerak Jimin untuk navigation :p


Aku rasa trip ni best sebab macam-macam. Kau tak boleh describe tapi kau tahu dan dapat rasakan. Ko rugi banyak tapi kau tak kesal. Orang cakap ‘nothing is a waste if  we use the experience wisely’.
Ciao!






Saturday, 8 February 2014

Roman Magpie


Salam bruhh. Just went back from vacation. Alhamdulillah.
First few hours in Rome. Ramai betul homeless tidur kat Rome Terminal [mcm kl sentral]. Teringat ambo kat ‘kampung’ Cairo. Memang ramai betul homeless . Terdetik dalam dalam hati macam mana diorang survive winter. Apa yang diorang nak makan. Kenapa diorang tidur kat tempat yang kotor?Bila tengok kat google,

 AN ESTIMATED 100 MILLION PEOPLE WORLDWIDE ARE HOMELESS. SOURCE: UNITED NATIONS COMMISSION ON HUMAN RIGHTS, 2005.

HHmm,

Kisah Benar [copy pasted from page Ally iskandar]

At bank just now. Ternampak sorang pakcik ni dok terkebil2 depan aku. Mula2 tak perasan kasut dia mcm dlm gmbr. Bila turn dia, dia macam tak senang hati dan pandang belakang. Bermula la conversation kami.

Dia : dik mcm mana nk masuk duit ni?
Aku : ada number akaun? Meh sy buat.
Dia : 10ya(RM10) boleh dik?
Aku : boleh je 
Dia : adik ada tukar rm10 dua keping? (sambil hulur note rm20 yg renyuk)
Aku : alamak sy ada sekeping je rm10. 
Dia : takpe lah dik, masuk rm20 ni je.
Aku : duit ni mesin tak terima. Kena yg keras.
Dia : (buka dompet yg penuh dgn resit n takde sekeping pun duit.) anak pakcik nak duit tu dik. Kesian dia.
Aku : ohh, (tlg bankin, ht kecil mnangis, Allahurabbi)




Bila terkenang, lebih byk tempat2 kat dunia ni yang serve wifi free daripada shelter untuk homeless. Lebih mudah untuk dapat intenet dari dapat air. Ramai orang ‘share’ apa die makan untuk dinner tapi orang di sekeliling masih lapar dan tak dapat first meal diorang. Juga terkenang nasib saya yang puas mengikat perut untuk beli barangan berjenama. Sedangkan makanan tu akan jd darah daging n tenaga untuk buat ibadah. Barangku dah lebih dari cukup.

Tanggapanku, prinsip asalnya adalah kehidupan dicipta untuk dikasihi, kebendaan dicipta untuk digunakan. Tp orang sekarang terlampau byk manipulasi human power for their own sake. employee ditindas untuk duit dan kekayaan. And how can we define happiness kalau orang sekeliling kita tak senang. Unless kalau kita tak letak diorang as a part of community n a part of our life. Rasa bersalah plak bila terlampau byk spend untuk benda2 tak berfaedah. Come on guys, shift lapangan kasih kita kepada manusia dan kehidupan, bukan kebendaan semata-mata.

Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal soleh kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih sayang.” Maryam: 96
 

A LEJEN TO BE Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger