Thursday, 24 January 2013

oh BB!


Budak bulat (bb) asalnya dari negeri isketambola .Sekolah lama berdekatan dengan Mydin berhadapan tabika kemas.Sekolah agama katanya . Seluarnya tinggi ,kemeja kotaknya kemas di seterika dan songkok baldunya sedikit senget ala2 Tun Abdul Rahman gitu .Hebat langkahnya.. manakan tidak... solat tak pernah tinggal ,Baca quran sejuzuk setiap hari ,puasa seminggu sekali.. Cuma perutnya yang sedikit kehadapan buat die sedikit goyah tak stabil.. Jauh di sudut hatinya punya rasa ego pada orang yang tak punya didikan agama.. Kalau nampak pacar2 yg tidak tutup aurat terus dikejinya.. member2 yg hisap syisya terus ditinggalkan.. yg paling teruk bb pernah bantai budak kecik yang pakai short... kurang hasam betul bb ni..

Suatu hari.. BB jalan2 kat sarooya street.. tenang sungguh pagi 2.. tiada hiruk pikuk orang arab badwi yang jerit mintak teh kat bawwab.. sedang jalan2.. BB nampak seekor anjing .Anjing tuh memang besar ,tompok2 warna kulitnya dan agak garang .Ada iras anjing2 k9 di negara asalnya , Metrofulus. BB yang rasa tak terancam dengan anjing tu terus berlalu dan dengan izin Allah.. die terpijak ekor anjing tuh..  Tanpa belas kasihan anjing tuh ligan bb dengan sepantas kilat .Struktur badan bb yang agak besar dan ditambah seluar slack tinggi menyukarkan larian BB .Tak sampai sepelaung larian anjing tuh berjaya kejar bb dan mengigit peha BB yang besar tuh..

Agak ironi sebenarnya anjing yang sukakan tulang tp boleh gigit peha bb yang besar tu.. pelik jugak anjing ni..  Seluar bb koyak teruk .Alhamdulillah lukanya tidak dalam kerana seluar slack nya agak tebal.. hehe.. tp seluar yang koyak tuh merevealkan aurat BB yang tak bapa nak kemah tuh... BB yang agak segan2 kerana x pernah membuka aurat di khalayak ramai kerana menjaga thiqahnya di hadapan akhowat berjalan pulang ke rumah.. Terbatal lah niatnya nak menikmati sarapan di restoran.
Dalam perjalanan pulang tiba2 ramai pulak peserta2 qiamullail yang join program mlm semalam lalu bertentangan dengan BB .Kesemuanya  memandang bb dengan wajah enteng dan geram .

‘Sanggup orang yang bersongkok dan berseluar yankee menunjukkan auratnya dikhalayak ramai.'
‘Ini firnah kpd agama dan jemaah kita..’

Begitulah kata2 yang dilemparkan kepadanya oleh watak2 sampingan. BB rasa terkesan .Kalaulah mereka tahu yang bb di kejar anjing.. Kalaulah mereka cuba husnozhon dan tanya perkara sebenarnya... ini tidak.. sudah lah jatuh .. ditimpa tangga pulak tuh... Sedihnya bb tidak terhingga.. BB pon pulang dengan hati yang luka.. Mujurlah Allah jua tempat mengubat duka..

Gambar Hiasan


Hikmahnya
Husnu zhon [bersangka baik] adalah suatu yg dituntut dalam islam.. kita tak boleh nak judge orang tanpa mengambil tahu masalah sebenar mereka.. Even kalau mereka tidak bertudung tidak bermakna mereka tidak baik... mungkin mereka datang dari keluarga yang tidak menerapkan unsur2 islam ataupun mungkin dalam environment mereka ada segelintir wanita2 ‘solehah’ yang telah menunjukkan contoh yang tak baik kepada mereka..

“When you see a female dressed in a manner that is unacceptable islamically, do not for a moment think that she is lower than you spiritually. If you do that, you are lower than her. Believe me, that is the teaching of your religion. She might have a link with her creator that you do not know about. She might have a heart that is tons better than yours. She might have one weakness that is outward, and you have 50 weaknesses that are hidden” Mufti Menk.

Kata2 yang kesat dan perbuatan yang tidak melambangkan islam hanya akan buat mereka jauh dari kefahaman .Malah pernah diceritakan oleh Habib Ali El-Jifri.. Suatu peristiwa di mana di pertemukan seorang abid yakni org yg telah beribadah lebih 500 tahun dan seorang pelaku maksiat .Abid tadi diiringi dengan awan yakni karomah beliau .Waktu mereka bertembung muka ,kedua-duanya berpaling arah .Paling nya si abid kerana di hatinya punya rasa ‘aku lebih baik’ dan ‘tidak mungkin pelaku maksiat ini akan kembali ke fitrahnya’.. Paling nya si pelaku dosa tu pula keran tidak sanggup melihat wajah org yang beribadah lantas membuahkan rasa malu dengan Allah .Terdetik di hatinya utk kembali... Oleh kerana tindakan si Abid td ,awan di atasnya beredar mengikut si pelaku maksiat .. The moral of the story is jangan rasa diri kita hebat dan berilmu.. kata saidatina Aisyah

‘Rasa diri sudah berilmu merupakan langkah pertama kebodohan seseorang ‘

Ilmu yang diperoleh seharusnya menjadikan diri kita dan orang lain lebih dekat kepada Allah... Hadirkan rasa dalam diri kita yang mereka yang melakukan dosa itu lebih baik daripada kita dengan asbab mungkin mereka tidak mengetahui maksiat itu haram walhal kita mengetahuinya tapi sering terkandas dalam meninggalkan larangan tersebut.. Wallahualam ~


0 comments:

Post a Comment

 

A LEJEN TO BE Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger