Salam jejangs.. ehem2... Tarik nafas panjang2... hoh!
Teringat 1 kisah dulu di mana saya dan rakan2 ikut suatu
program di sebuah taman .Memang nice la taman tuh .. tasiknya terbentang luas
,burung2 berkicauan ,embun rumput pon masih setia dengan daunnya.. Kami diberi
tugas utk makan secubit roti Tinggi 5 dan minum secawan air sirap.. Perut yg
waktu 2 memang tengah lapar diselangi geseran2 asid kat gastric wall ,saya rasa
memang tak patut diorang bagi secawan gelas dan roti sebab group kami agak ramai
dan semuanya kelihatan punya kapasitas makanan yang besar .So kami pon dengan
muka redha baca doa makan dan ketua kami suap kami dengan roti .Yang menariknya
air yang diminum membuahkan kerut di dahi2 peserta.. Semuanya tak mampu minum
dengan kuantiti yang banyak dan terus pass kepada peserta sebelah.. Agak
curious time tuh sebab air sirap kot.. kalau air asam boi tanpa gula mungkin boleh
terima lagi..sampai giliran saya.. tatkala air sirap mencecah tunas rasa di
lidah.. hati ini terus rasa gundah gelana ,taste association area kat cerebral
cortex terus reject air tuh bulat2 dengan menyuruh muscle2 tanganku passing air 2
dekat org sebelah... coit! Masin! Punyalah expect tinggi dekat sarapan pagi 2
tp air masin yang dapat.. hehe... No wonder member2 sebelah tak nak habiskan...
nak bagi kami merasa..
#gambar sekadar hiasan |
Hikmahnya
Kisah Rasulullah S.A.W dengan limau..
Pada suatu hari.. Baginda didatangi seorang wanita
kafir.Ketika itu baginda sedang bersama-sama dengan sahabat .Wanita tersebut
menghadiahkan limau kepada baginda Rasulullah.. Sambil tersenyum baginda ambil
pemberian wanita tersebut dan makan sebiji demi sebiji.. Para sahabat naik heran pasai apa rasulullah
tak ajak makan sekali... Biasanya Rasulullah tak akan makan melainkan makanan
itu dikongsi.. Sket2 lama-lama habis limau 2.. Setelah wanita 2 beredar ,para
sahabat bertanya kenapa kamu tak berkongsi Ya Rasulullah? Baginda pon berkata
bahawa limau2 pemberian wanita tu masam2 belaka.. Aku risau kalau kamu turut
makan serta kamu akan beri reaksi muka yang tak baik pada wanita tersebut..
Begitulah akhlak Baginda Rasulullah... begitu menghargai pemberian dan perasaan
orang lain biarpun orang bukan islam.. Dan limau2 yang masam tu pon tak diberi
kepada para sahabat. Kalau kami memang buat naya kat org yg last sekali minum
air masin tuh.. Begitu besarnya perbezaan akhlak kami dengan Rasulullah S.A.W.
Kalaupun sirap itu masin.. hikmahnya tetap manis bila diungkap kisah qudwatul
Hasanah ni..
So ,menjelang mawleed Nabi pada 12 Rabiul Awal marilah kita
sama2 amalkan sunnah2 baginda dan perbanyakkan selawat ke atasnya.. Semoga kita
dapat tiru akhlak baginda di dunia dan dapat berjumpa dengan baginda di akhirat
kelak.. Allahumma Ameen J
1 comments:
nantikan milo masin..
Post a Comment